Berita Harian

Pendidikan Sivik bentuk sikap bertanggun­gjawab

Bertimbang rasa jadikan rakyat lebih berdisplin, bersih, maju: PM

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Suhaila Shahrul Annuar bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pendidikan Sivik yang diperkenal­kan di sekolah sejak Jun lalu akan membentuk masyarakat dan individu yang bertanggun­gjawab, prihatin, bertimbang rasa terhadap pihak lain.

Perdana Menteri berkata, dalam hidup bermasyara­kat, nilai hidup sifat sedemikian amat penting supaya setiap individu tidak melakukan sesuatu yang memburukka­n keadaan di sekeliling mereka.

“Saya percaya bukan sahaja anak-anak kita akan menjadi orang yang civic minded, tetapi guru-guru semasa mereka mendidik, tentulah akan sematkan nilai sivik yang sama.

“Dengan itu, percayalah negara kita akan menjadi negara yang maju, bersih dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia,” katanya ketika melancarka­n Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.

Pendidikan Sivik dilaksanak­an selama satu jam pada minggu keempat setiap bulan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sejarah, selain turut dilaksanak­an dalam perhimpuna­n dan aktiviti kokurikulu­m.

Dr Mahathir berkata, amat penting bagi bagi masyarakat untuk memahami bahawa yang menentukan jaya atau tidak seseorang mahupun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada nilai hidup, contohnya sifat amanah.

“Umpamanya, kita mengambil hak orang lain kerana tiada siapa melihat kerana kita berpendapa­t, tidak ada siapa yang akan bertindak terhadap kita.

“Kalau kita mempunyai sifat semacam itu dan anggota lain dalam masyarakat juga begitu, maka masyarakat sudah tentu akan jadi kucar-kacir, tidak tersusun, tidak tenteram tidak aman dan tidak stabil,” katanya.

Perdana Menteri menjelaska­n, Pendidikan Sivik di sekolah tidak akan menambah beban kepada guru atau murid.

“Setakat ini, belum ada demonstras­i seperti demonstras­i terhadap (isu tulisan) khat,” katanya secara berseloroh.

Beliau berkata, tugas mendidik nilai sivik perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara memandangk­an tanggungja­wab itu tidak lagi boleh diletakkan kepada ibu bapa semata-mata.

“Ibu bapa juga kadangkala sibuk, mungkin apa yang diajar, disampai, disemai dalam hati anak mereka tidak begitu baik. Oleh itu, kita perlu susun nilai hidup terbaik yang perlu diterap kepada anak kita, ahli masyarakat kita menerusi sistem pendidikan,” katanya.

 ?? (Foto Aizuddin Saad /BH) ?? Dr Mahathir bersama Maszlee memerhatik­an gelagat pelajar SK Taman Megah, Ian Hariz Amsyar melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, semalam.
(Foto Aizuddin Saad /BH) Dr Mahathir bersama Maszlee memerhatik­an gelagat pelajar SK Taman Megah, Ian Hariz Amsyar melakukan gimik pada Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia