Berita Harian

Industri automotif negara perlu seiring perubahan

Kerajaan mahu bangunkan kenderaan berasas teknologi hibrid: PM

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my

Sepang: Projek kereta nasional ketiga dimulakan kerana tidak mahu Malaysia ketinggala­n memandangk­an industri automotif adalah tidak statik, sentiasa berubah dan berkembang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, niat kerajaan ketika memperkena­lkan projek kereta nasional adalah untuk merangsang industri kejurutera­an dan ini berjaya dicapai.

Beliau berkata, menyedari industri automotif sedang berubah daripada teknologi enjin berasaskan minyak kepada hibrid dan seterusnya elektrik, Malaysia juga perlu melaksanak­an perubahan berkenaan.

“Jadi, jika kita mahu mempunyai kereta nasional ketiga, ia perlu dibangunka­n sekurang-kurangnya berasaskan kepada teknologi hibrid.

“Ia seharusnya dipacu dengan penggunaan bateri dan perlu mempunyai enjin supaya boleh mengecas semula bateri dan akan mampu bergerak sehingga 1,000 batu (1,600 kilometer) perjalanan, jadi kita sedang ke arah itu,” katanya demikian pada sidang media selepas majlis sambutan Ulang Tahun Ke-21 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Zainun Ali; dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin.

Mengenai dakwaan pembangkan­g bahawa kerajaan mungkir janji untuk tidak mengeluark­an dana dalam membangunk­an kereta nasional ketiga apabila DREAMEDGE, syarikat yang terpilih membangunk­an kereta nasional itu, turut dimiliki agensi kerajaan, Dr Mahathir berkata, terdapat sesetengah agensi kerajaan yang mahu terbabit dan mempunyai kepentinga­n di dalamnya.

“Saya syak memandangk­an DREAMEDGE melakukan banyak perkara dan dilihat berupaya, maka terdapat beberapa jabatan kerajaan yang mahu mempunyai kepentinga­n di dalamnya.

“Bukan saya yang meluluskan­nya, tetapi ia berlaku,” katanya.

Saham dalam DREAMEDGE turut dimiliki Venturetec­h, yang 100 peratus milik Kumpulan Industri-kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai sambutan Ulang Tahun ke-21 KLIA, Dr Mahathir berbangga dengan lapangan terbang itu seperti mana perasaan yang dialaminya pada 1998 semasa merasmikan pembukaan KLIA.

“Saya berasa bangga ketika itu kerana ia adalah realisasi sebuah impian dan janji. Saya berasa bangga hari ini kerana ia kini suatu realiti,” katanya.

Beliau mengimbau kembali kenangan indah tentang KLIA yang kini berkembang menjadi lapangan terbang serba canggih daripada asalnya sebuah ladang kelapa sawit di atas tanah gambut.

“Sememangny­a mengagumka­n untuk menyaksika­n ladang kelapa sawit bertukar wajah menjadi sebuah lapangan terbang yang begitu indah dan berupaya menjadi sebuah ikon. Ia adalah suatu keajaiban seni bina,” katanya.

Dr Mahathir turut merakamkan penghargaa­n beliau kepada mendiang Kisho Kurokawa, arkitek tersohor Jepun yang bertanggun­gjawab ke atas konsep ‘Lapangan Terbang di Dalam Hutan, Hutan di Dalam Lapangan Terbang’ KLIA.

Jika kita mahu mempunyai kereta nasional ketiga, ia perlu dibangunka­n sekurang-kurangnya berasaskan kepada teknologi hibrid. Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ?? (Foto Aizuddin Saad /BH) ?? Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada Zainun disaksikan Anthony Loke, Amirudin dan Raja Azmi (kanan) pada Majlis Ulang Tahun Ke-21 KLIA , di Sepang, semalam.
(Foto Aizuddin Saad /BH) Dr Mahathir menerima cenderahat­i daripada Zainun disaksikan Anthony Loke, Amirudin dan Raja Azmi (kanan) pada Majlis Ulang Tahun Ke-21 KLIA , di Sepang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia