Berita Harian

Sasar produk PKS di enam lapangan terbang antarabang­sa

-

Kota Tinggi: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar menyasarka­n membuka lot kedai yang tertumpu kepada jualan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di enam lapangan terbang antarabang­sa di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata sehingga kini, usaha berkenaan masih pada peringkat perbincang­an, selain dijangka dibuka dan dilaksanak­an serentak dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, lot kedai yang dikenal pasti itu membabitka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Senai di Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi di Kedah, Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak.

Katanya, inisiatif menerusi penjualan produk berasaskan makanan, kraf tangan dan produk pelanconga­n itu secara tidak langsung membantu mempromosi­kan produk usahawan luar bandar meningkatk­an pendapatan mereka.

“Kita sudah beberapa kali mengadakan perbincang­an bersama Malaysia Airport Berhad (MAB) dan agensi berkaitan serta berharap ia dimulakan dengan kios di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dahulu bagi melihat penerimaan pelancong terhadap produk ditawarkan.

“Paling penting mengenal pasti usahawan, termasuk melihat produk diketengah­kan bagi menjamin kualiti pemasaran.

“Sebagai tambahan, tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia 2020. Kita mahu usahawan di luar bandar juga mendapat manfaat, malah menerusi konsep diguna pakai di lapangan terbang juga secara tidak langsung menjadi ejen pemasaran produk ke luar negara,” katanya selepas Program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dewan Semai Bakti FELDA Adela, dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia