PM puji kesungguha­n pasukan mencari

Berita Harian - - Nasional -

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad memuji kesungguha­n semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mayatnya ditemui semalam.

Perdana Menteri menyifatka­n ia contoh pegangan nilai sivik yang tinggi dalam masyarakat.

“Ada orang sanggup ketepikan (cuti) Hari Raya Haji untuk cari remaja yang hilang itu. Ini menunjukka­n pegangan nilai sivik yang tinggi dalam kalangan kita. Kalau kita mempunyai nilai sivik tinggi, maka keadaan sekeliling kita akan menjadi amat baik,” katanya ketika berucap melancarka­n Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan 2019, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Ireland yang juga Menteri Luar, Simon Coveney, dalam mesej Twitter berkata penemuan mayat Nora Anne saat yang memilukan bagi keluarga remaja itu.

“Kami bersimpati dengan keluarga beliau.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.