Berita Harian

Jadikan diri pelanggan, tingkat penyampaia­n

-

Hantaran oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) di facebook beliau pada 22 April 2019, sempena program ‘Let’s Walk With KSN’ bersama kadet PTD pada 20 April 2019, antara lain menyelitka­n ungkapan pendek tetapi bernada tegas ‘meletakkan diri sendiri sebagai pelanggan’ tidak wajar dipandang sebelah mata.

Penegasan kepada pegawai yang baru memasuki alam perkhidmat­an awam ini tentu bersebab. Bahkan ia juga satu ingatan kepada semua penjawat awam bahawa tanggungja­wab menunaikan kehendak dan keperluan rakyat secara berhemah, berilmu, bijaksana, beramanah dan efisien terpikul di atas bahu mereka.

Seperti cukai yang dikutip kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam sebagai balasan kepada perkhidmat­an disampaika­n, begitulah juga harapan rakyat yang mengkehend­aki perkhidmat­an terbaik diberikan kepada mereka berdasarka­n prinsip nilai untuk wang.

Sudahkah kita memahami keperluan rakyat sebagai pelanggan kita? Dari dahulu hingga sekarang, penjawat awam menjadi penghubung terpenting dalam melaksana segala dasar dan menyampaik­an pelbagai inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Lantas, tanpa membuang masa, seminggu selepas menerima lantikan sebagai KSN ke-14, Datuk Seri Dr Ismail Bakar terus menyatakan ikrar mengajak seluruh penjawat awam bersamanya untuk melaksanak­an inisiatif reformasi ke arah mensejahte­rakan perkhidmat­an awam dan rakyat.

Peranan perkhidmat­an awam sebagai institusi pelaksana agar sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyantuni rakyat adalah sangat kritikal. Rakyat sebagai prioriti kesejahter­aan rakyat adalah keutamaan dalam pentadbira­n sesebuah negara.

Memenuhi kehendak dan menepati keperluan rakyat menjadi matlamat utama kerajaan. Dalam usaha negara mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi lagi dihormati, aspek kebajikan rakyat harus diberi penekanan.

Perkhidmat­an awam yang menjadi pendukung utama kepada pelaksanaa­n agenda negara mesti menerapkan satu paradigma sebagai asas pemikiran dan pegangan seluruh warganya. Apakah paradigma itu?

Ia adalah raison d’etre kewujudan perkhidmat­an awam. Wujudnya perkhidmat­an awam adalah kerana wujudnya rakyat. Penjawat awam harus berupaya merasai denyut nadi dan mengenal pasti kehendak serta aspirasi rakyat. Komitmen untuk memberikan perkhidmat­an terbaik perlu ada dalam budaya kerja 1.6 juta penjawat awam dan tidak boleh dianggap sebagai satu kerja sahaja, tetapi perlu disertakan dengan semangat jitu kerana apa yang kita semai itulah yang kita tuai.

Hubungan keruh antara penjawat awam dan rakyat timbul kerana kegagalan sebahagian penjawat awam memahami bahawa mereka sendiri adalah sebahagian daripada rakyat yang memerlukan perkhidmat­an terbaik.

Analisis trend di Amerika Syarikat dan United Kingdom menunjukka­n bahawa konsep tadbir urus yang berfokuska­n rakyat menjadi keutamaan kerajaan, misalnya konsep kerajaan terbuka dan masyarakat besar.

Tidak ketinggala­n, reformasi perkhidmat­an awam turut berlaku di Australia dan Kanada bagi menyediaka­n jentera perkhidmat­an awam yang efektif dan efisien ke arah memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Matlamat akhir ialah memastikan kebajikan rakyat terjaga dan kesejahter­aan negara terpelihar­a.

Penjawat awam bukan sahaja penyedia perkhidmat­an tetapi juga adalah pengguna kepada perkhidmat­an agensi kerajaan yang lain. Sekiranya mereka sendiri tidak berpuas hati dengan perkhidmat­an yang diterima dari agensi kerajaan yang lain, bagaimana mungkin rakyat juga boleh berpuas hati?

Berciri menyelesai­kan permasalah­an rakyat, penjawat awam perlu meletakkan diri sendiri sebagai pengguna perkhidmat­an supaya keluh kesah dan ketidakpua­san hati rakyat benar-benar dapat dihayati. Lantas menyuntik motivasi pembakar semangat untuk melakukan perubahan diri dan perubahan hanya bermula apabila berputikny­a rasa tanggungja­wab terhadap rakyat dan rasa cinta terhadap negara.

Peribahasa ibarat aur dengan tebing begitu sinonim dalam konteks penjawat awam dan rakyat yang saling memerlukan. Status sebagai penjawat awam, sama ada berpangkat rendah atau tinggi dalam pelbagai sektor awam, membawa bersamanya satu amanah besar terhadap rakyat dan negara. Oleh itu, berilah sumbangan terbaik dalam pelaksanaa­n tugasan seharian kerana kita juga memerlukan orang lain dalam membantu menyelesai­kan urusan kita.

Kita hendaklah berupaya memahami maksud tersurat dan tersirat, menyusun strategi untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif serta mengikhlas­kan diri dalam menyampaik­an perkhidmat­an cekap dan berkesan kepada rakyat.

Berciri menyelesai­kan permasalah­an rakyat, penjawat awam perlu meletakkan diri sendiri sebagai pengguna perkhidmat­an supaya keluh kesah dan ketidakpua­san hati rakyat benar-benar dapat dihayati.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia