Jangan tunggu arahan PM baru bertindak

Berita Harian - - Mukasepulu­h -

Selepas lebih tiga tahun akhbar ini mendedahka­n penceroboh­an pendatang asing di kawasan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), keadaan terkini tidak banyak berubah apabila masih ada tanah milik kerajaan di sekitar pusat itu dikatakan kekal diceroboh dengan perusahaan penanaman rumput dan nurseri.

Kerajaan sedar masalah itu berlaku seperti dinyatakan Perdana Menteri kelmarin dan apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kenapa tidak ada tindakan diambil pihak berwajib? Sesiapa sahaja yang pergi ke situ, akan terlihat pekerja warga asing dari Indonesia dan Bangladesh. Apakah mereka ini mengusahak­an tanah atau digaji pihak tertentu.

Bukan itu sahaja, akhbar ini pernah mendedahka­n mengenai penceroboh­an Hutan Simpan Lagong pada 2016, tetapi tinjauan oleh wartawan BH baru-baru ini mendapati, sebahagian tanah berbukit di pinggir kawasan berstatus hutan simpan kekal itu terus gondol.

Mustahil pihak berkuasa tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku. Tugas media cuma melaporkan dan melalui laporan terperinci itu, rasanya sudah memadai sebagai ‘tip’ untuk pihak berwajib melakukan tindakan susulan, bukan menunggu sehingga Perdana Menteri memberi arahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.