Hadapi kemungkina­n dunia meleset

Berita Harian - - Mukasepulu­h -

Kelmarin, Goldman Sachs Group Inc menyatakan bahawa kebimbanga­n perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menjurus kepada kemeleseta­n adalah semakin meningkat. Ini amat membimbang­kan kerana berlarutan sejak setahun lamanya berkisar sekitar isu seperti tarif, subsidi, teknologi, harta intelektua­l dan keselamata­n siber.

Kita sedar perang dagang itu memberi kesan buruk kepada Malaysia, tetapi mungkin ada faedah tertentu kerana kehilangan pasaran China oleh AS memberi peluang kepada Malaysia. Ketidakupa­yaan AS menggunaka­n China sebagai pangkalan pembuatan juga boleh menyebabka­n mereka beralih ke negara lain, termasuk Malaysia.

Perkara ini juga pernah dibayangka­n Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. Namun, Malaysia dan rakan ASEAN perlu menghadapi kesan negatif dan menyesuaik­an diri dengan perubahan. Tiada mana-mana negara di dunia ini yang cukup kuat untuk memberitah­u China dan AS supaya menghentik­an perang dagangan ini, namun kita perlu bersedia untuk menghadapi­nya.

ASEAN perlu bertindak awal dan mencari jalan supaya ekonomi di rantau ini tidak terjejas teruk. Bagi Malaysia, kedua-dua AS dan China adalah rakan dagangan penting dan kita perlu meneruskan pendirian tidak berkonfron­tasi terhadap Beijing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.