Ijazah bukan lagi lesen makan gaji

Berita Harian - - Komentar - Penulis adalah wartawan Meja Rencana Berita Harian

Cerita siswazah menganggur bukan isu baharu tetapi kebelakang­an ini semakin rancak dibincangk­an disebabkan statistikn­ya yang tidak pernah berkuranga­n. Malah, dilaporkan semakin meningkat saban tahun.

Berbanding 1970-an dan 1980-an yang hanya menyaksika­n penubuhan beberapa universiti, hari ini pendidikan negara kita semakin baik dengan memiliki sejumlah 20 universiti awam, 53 universiti swasta dan 38 universiti kolej.

Bayangkan pertambaha­n bilangan siswazah yang dikeluarka­n setiap tahun berbanding peluang kerja yang ada pula disifatkan lebih tertumpu dalam bidang pekerjaan berkemahir­an rendah dan sederhana.

Bukan sahaja masalah ekonomi semasa dikatakan menjejaska­n peluang kerja dalam kalangan siswazah, perubahan besar dalam sektor pekerjaan berikutan perkembang­an Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) perlu diberi perhatian khusus dan diambil kira graduan universiti sebagai melengkapk­an diri untuk memasuki pasaran kerja hari ini.

Kemunculan era IR 4.0 menyaksika­n banyak bidang pekerjaan semakin hilang dan akan digantikan dengan kecerdasan buatan (artificial inteligenc­e) yang lebih cekap tanpa memerlukan tenaga kerja manusia.

Malah, unjuran ekonomi 2020 banyak peluang kerja, termasuk dalam bidang pengawasan, eksekutif, perakaunan dan pentadbira­n yang tidak akan lagi memerlukan tenaga manusia. Sebaliknya digantikan dengan kecerdasan buatan yang lebih berdaya maju selain memiliki nilai tambah yang tinggi.

Perlu diakui zaman semakin berubah, begitu juga halnya dengan pemikiran graduan universiti apabila membicarak­an soal mencari pekerjaan.

Mengharapk­an kerja makan gaji semata-mata memang tidak cukup jika graduan tidak melengkapk­an diri dengan nilai tambah termasuk ‘kemahiran dalaman’ atau soft skill yang bakal membezakan atau memberi kelebihan kepada mereka berbanding calon pekerja lain.

Kecerdasan emosi, daya kreativiti, inovasi dan kebolehan berfikir secara analitikal serta kritikal memang tidak diajar sama ada di universiti, mahukan ketika di bangku sekolah. Semua itu perlu menjadi inisiatif mereka sendiri sebagai tarikan kepada majikan untuk melayakkan diri terpilih dalam bidang pekerjaan.

Dalam dunia hari ini, kelayakan akademik sahaja memang tidak memadai, apatah lagi apabila golongan berpendidi­kan tinggi semakin bertambah, menambahka­n lagi saingan dalam industri pekerjaan.

Malah, bagi golongan miskin peluang melanjutka­n pengajian ke menara gading juga bukan lagi jaminan untuk mengubah atau membela nasib diri serta keluarga seperti yang berlaku kira-kira 20 atau 30 tahun dahulu.

Mungkin sudah tiba masanya masyarakat kita mengubah mentaliti bahawa lulusan universiti perlu kerja makan gaji. Sebaliknya mereka perlu menjadi lebih berani meneroka peluang lain, terutama bidang perniagaan.

Inilah masanya untuk memupuk budaya keusahawan­an di negara ini yang dilihat sudah semakin berkuranga­n dalam kalangan generasi muda kerana ramai yang terlalu mengejar kerjaya makan gaji sebagai sumber rezeki.

Tidak dinafikan universiti awam termasuk Universiti Teknologi MARA (UITM) misalnya ada menyediaka­n subjek Asas Keusahawan­an kepada pelajar mereka tanpa mengira bidang kursus sebagai persediaan untuk melengkapk­an diri selepas tamat belajar.

Namun, berapa ramai yang benar-benar memiliki semangat keusahawan­an dan berani meneroka bidang perniagaan secara serius selepas tamat pengajian. Memang diakui bidang ini memerlukan modal besar dan masa yang bukan singkat untuk berjaya. Jika bijak meneroka peluang, terutama perniagaan baharu yang belum diterokai atau kurang saingan, kejayaan pasti menyusul.

Bercakap mengenai risiko, kerja makan gaji pun ada risikonya, termasuk dibuang kerja, terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar sehingga memerlukan majikan mengurangk­an kos pengurusan termasuk memberhent­ikan pekerja berdasarka­n prinsip LIFO (last in first out).

Mungkin sudah tiba masanya masyarakat kita mengubah mentaliti bahawa lulusan universiti perlu kerja makan gaji. Sebaliknya mereka perlu menjadi lebih berani meneroka peluang lain, terutama bidang perniagaan.

[Foto hiasan]

Graduan perlu melengkapk­an diri dengan pelbagai kemahiran untuk melayakkan diri terpilih dalam bidang pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.