Berita Harian

Biar polis putus haram Dong Zong atau tidak: PM

Persatuan hanya pertahan satu komuniti, tindakan gugat perpaduan

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail, Hazwan Faisal Mohamad dan Siti Nur Mas Erah Amran bhnews@bh.com.my

Sepang: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terpulang kepada polis menentukan sama ada badan Persekutua­n Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu diharamkan atau tidak.

Perdana Menteri berkata, jika tindakan mereka berterusan cuba menggalakk­an orang ramai bergaduh antara satu sama lain, ia melanggar undang-undang.

“Kita ada kebebasan untuk bersuara, tetapi kita juga sentiasa sensitif untuk tidak mempengaru­hi mereka yang berlainan bangsa untuk melawan antara satu sama lain.

“Dong Zong hanya mempertaha­nkan satu komuniti dan lupa bahawa ini adalah negara pelbagai kaum,” katanya bagi mengulas mengenai petisyen dalam talian yang dilancarka­n Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi mengumpul sokongan menggesa pengharama­n Dong Zong, di sini semalam.

Exco ARMADA, Muzzammil Ismail semalam menyifatka­n Dong Zong sebagai keterlalua­n dan mempunyai niat menggugat perpaduan masyarakat.

Dr Mahathir juga mempertaha­nkan kenyataann­ya kelmarin yang menganggap Dong Zong sebagai rasis kerana selalu membuat kenyataan tanpa memikirkan perasaan kaum lain di negara ini.

Beliau berkata, walaupun negara ini mengamalka­n kebebasan bersuara, semua pihak seharusnya peka dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan kaum lain.

“Anda lihat sendiri latar belakang Dong Zong, yang langsung tidak pernah berjuang untuk Malaysia, tetapi hanya untuk satu kaum saja. Ini negara majmuk berbilang kaum, anda harus memikirkan perasaan orang lain.

“Apabila berbuat sesuatu, kita harus memikirkan apa yang orang lain akan kata. Jika mereka tidak gembira, mungkin kita harus berbuat sesuatu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pada masa dulu tidak ada masalah untuk beliau ke sekolah semua kaum belajar di tempat sama.

“Ada Benggali, Cina, India dan Melayu, semuanya ok. Tetapi jika ikutkan Dong Zong, anak-anak Cina tidak seharusnya bergaul dengan kaum lain. Untuk berada di satu perhimpuna­n pagi menggabung­kan ketiga-tiga sekolah, seolah-olah ‘anathema’ untuk mereka.

Kita ada kebebasan untuk bersuara, tetapi kita juga sentiasa sensitif untuk tidak mempengaru­hi mereka yang berlainan bangsa untuk melawan antara satu sama lain.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

“Sebab itu saya kata Dong Zong ini sangat rasis, yang terlampau mengabdika­n diri untuk mempertaha­nkan hak kaumnya saja,” katanya.

Ditanya kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n yang mahukan penceramah bebas, Dr Zakir Naik diusir serta-merta kerana mengeluark­an kenyataan menghina penganut agama Hindu di negara ini, Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh berbuat demikian kerana wujud ancaman bunuh terhadap penceramah kontrovers­i itu.

Namun, katanya, jika ada mana-mana negara yang mahu menerima penceramah berasal dari India itu, mereka dialu-alukan berbuat demikian.

“Masalah yang dihadapi ialah kami tidak boleh menghantar­nya pulang (ke India) kerana beliau menghadapi risiko dibunuh.

“Tetapi jika ada negara yang mahu menerimany­a, mereka dialu-alukan berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti komponen Pakatan Harapan (PH) tidak membincang­kan isu berkaitan pembelajar­an Jawi dan khat di sekolah, sebaliknya menyerahka­nnya kepada Kabinet menentukan­nya.

Katanya, Kabinet sudah memutuskan Kementeria­n Pendidikan bertanggun­gjawab sepenuhnya dalam isu terbabit dan sebarang pengumuman hanya dibuat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, Kabinet sudah berbincang dan membuat keputusan berhubung isu itu dan sebarang pandangan parti tidak perlu ketika ini.

“Isu ini sudah dibincangk­an pada peringkat Jemaah Menteri dan pengumuman daripada semasa ke semasa mengenainy­a dibuat Menteri Pendidikan.

“Kita tidak bincang soal pendirian parti (PKR) berhubung isu ini kerana fasa sekarang adalah bincang daripada posisi kerajaan dan serahkan semuanya kepada Kementeria­n Pendidikan,” katanya selepas menghadiri Majlis Korban Perdana Parlimen Kulim-bandar Baharu di Masjid Abu Bakar As-siddiq di sini, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia