Berita Harian

Kenyataan Zakir dibawa ke Kabinet

-

Kuala Lumpur: Kenyataan penceramah Dr Zakir Naik yang mendakwa masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, berkata kenyataan itu tidak mencermink­an seorang warga asing yang diberikan status penduduk tetap di negara ini.

“Zakir adalah orang luar yang tidak begitu faham dengan sejarah negara ini dan tidak sepatutnya diberi keistimewa­an, sekali gus mempersoal­kan kesetiaan penduduk negara ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Perlembaga­an negara mampu membawa keharmonia­n kepada seluruh rakyatnya yang berbilang bangsa.

Kenyataan Kulasegara­n merujuk kepada ceramah Zakir yang mendakwa adalah malang kerana masyarakat India di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zakir juga didakwa membanding­kan nasib masyarakat beragama Hindu di Malaysia yang menikmati hak sepenuhnya berbanding orang Islam di India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia