Berita Harian

‘Dakwaan Charles satu pembohonga­n’

-

Kuala Lumpur: Dakwaan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad kerap membuat keputusan secara bersendiri­an dalam isu penting dan sensitif, adalah tidak benar.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, dakwaan itu tidak berasas dan satu pembohonga­n kerana Perdana Menteri sentiasa mengutamak­an pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

Katanya, setiap keputusan seperti isu Lynas, Statut Rom dan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), dibuat pada peringkat kerajaan atau Pakatan Harapan (PH) secara bersama.

“Sepanjang menghadiri mesyuarat membabitka­n Perdana Menteri, beliau tegas mencari kata putus dan pada masa sama, amat menghargai suara setiap ahli mesyuarat yang hadir.

“Saya ingin tegaskan Perdana Menteri adalah pemimpin yang mengutamak­an kepentinga­n dan pandangan semua pihak, setiap keputusan dibuat pada peringkat kerajaan atau PH adalah keputusan bersama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia