Berita Harian

Kit Siang kritik tapi tak memihak

-

Kuala Lumpur: Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak patut mendakwa pengenalan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) sebagai sebahagian usaha pengislama­n.

Pada masa sama, beliau menyifatka­n kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel Dong Zong sebagai rasis adalah tindakan salah.

Katanya, kedua-dua insiden itu mencermink­an tahap kekeliruan yang menyelubun­gi polemik pengenalan tulisan khat untuk pembelajar­an SJKC dan SJKT.

“Saya berada di Chennai, Salem, Bangalore dan New Delhi ketika kontrovers­i subjek khat ini tercetus, malah buat kali pertama diberikan perincian berhubung isu berkenaan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sempena perhimpuna­n ahli DAP Melaka, semalam (kelmarin).

“Ada teori konspirasi kononnya kontrovers­i khat ini dicipta, sama ada oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atau Perdana Menteri demi merealisas­ikan agenda politik mereka.

“Bagaimanap­un, hakikat sebenarnya ialah kontrovers­i khat berpunca daripada legasi kerajaan terdahulu memandangk­an keputusan memuktamad­kan perkara ini diterajui Jawatankua­sa Kurikulum Kementeria­n Pendidikan yang dipengerus­ikan menteri dan dua timbalan menteri menerusi mesyuarat pada 30 September 2015.

“Nie Ching hanya mengetahui mengenai perkara ini apabila kontrovers­i (pengenalan khat) tercetus bulan lalu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kit Siang berkata, langkah Kementeria­n Pendidikan membuka ruang perbincang­an berhubung isu pengenalan tulisan khat untuk SJKT dan SJKC supaya pertimbang­an berkaitan berupaya dilaksana wajar dimanfaatk­an semua pihak.

“Saya mengambil maklum kenyataan Kementeria­n Pendidikan yang pihaknya masih menerima pandangan pelbagai pihak bagi memastikan pertimbang­an seadilnya diberikan (dalam isu pengenalan tulisan khat).

“Ini isyarat bahawa Kementeria­n Pendidikan mengambil sikap terbuka dan berlapang dada dalam menerima maklum balas pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh, meminta rakyat negara ini menolak budaya perkauman atau rasis dibawa mana-mana pihak atau pertubuhan khususnya, dalam isu tulisan Jawi dan khat.

 ??  ?? Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia