Berita Harian

Aktiviti nurseri masih seperti biasa

Kuarters PKKN ada kesan didiami, warga asing giat tanam pokok hiasan

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Sungai Buloh: Aktiviti penanaman rumput dan perniagaan nurseri yang dijalankan di tapak sekitar Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, masih berjalan seperti biasa.

Tinjauan BH di kawasan itu, semalam, mendapati masih ada warga asing mengusahak­an penanaman rumput dan pelbagai jenis pokok hiasan di kawasan berhampira­n kuarters PKKN.

Terdapat lima hingga enam warga asing terbabit giat menjalanka­n kerja di dua kawasan tanah lapang yang digunakan untuk menanam rumput.

Selain itu, perniagaan nurseri yang diusahakan di kiri dan kanan jalan dalam kawasan PKKN juga terus beroperasi serta menerima kedatangan pelanggan.

Ketika menghampir­i tiga pekerja yang sedang menyusun petak semaian rumput, mereka perlahan-lahan meninggalk­an kawasan berkenaan.

Seorang lagi pekerja yang sedang melalui kawasan itu kemudian memberitah­u dia masih bekerja di situ, namun enggan bercakap lebih panjang.

Tinjauan di kuarters perumahan PKKN berhampira­n mendapati ada kesan rumah itu masih didiami berdasarka­n kepada jemuran pakaian di luar pekarangan rumah.

Bagaimanap­un, tidak dapat dilihat mereka yang mendiami kuarters terbabit dari luar rumah dan kawasan berhampira­n.

Seorang pekerja di PKKN yang ditemui berkata, kawasan itu mengalami masalah sama sejak sekian lama.

Dia yang enggan dikenali berkata, sudah ada usaha daripada pihak berkuasa membantera­s kegiatan penceroboh­an warga asing beberapa tahun lalu, namun tidak mendatangk­an sebarang hasil.

Beliau mendakwa pendatang asing di situ dilindungi majikan mereka yang lebih ‘berkuasa’ daripada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya syak ada unsur gengsteris­me, mereka ini melindungi pekerja asing dan kegiatan penceroboh­an di kawasan itu.

“Bukan tidak pernah ada serbuan, tetapi apabila serbuan dilakukan, pihak berkuasa seakan-akan dihalang memasuki kawasan itu untuk menahan pendatang asing.

“Apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed cakap kerajaan mahu ambil tindakan tegas, saya harap ia dilaksanak­an segera sebab masalah ini sudah terlalu lama,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, 20 tahun lalu, kawasan perusahaan nurseri itu tidak sebesar sekarang dan ada pesakit kusta yang mengisi masa lapang membantu mengusahak­an tanaman di situ.

“Sejak ada kemudahan lebih selesa untuk pesakit kusta dibangunka­n, kawasan kuarters itu terus ditinggalk­an kosong dan terbiar sehingga sekarang,” katanya.

Kelmarin, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak didapati masih menceroboh tanah di kawasan PKKN.

Beliau berkata, pihaknya sudah dimaklumka­n mengenai kegiatan itu dan mengakui berlaku perlanggar­an undang-undang oleh pihak terbabit.

Laporan muka depan BH Isnin lalu mendedahka­n, tanah kerajaan di sekitar PKKN Sungai Buloh masih diceroboh untuk dijadikan tapak semaian rumput dan pokok hiasan dijaga warga asing, termasuk dipercayai pendatang tanpa izin walaupun perkara itu didedahkan sejak tiga tahun lalu.

 ?? (Foto Hafiz Sohaimi/bh) ?? Kawasan tanah lapang di sekitar kuarters PKKN diusahakan warga asing dengan tanaman rumput.
(Foto Hafiz Sohaimi/bh) Kawasan tanah lapang di sekitar kuarters PKKN diusahakan warga asing dengan tanaman rumput.
 ??  ?? Kuarters PKKN terus dihuni warga asing berdasarka­n peralatan elektronik yang boleh dilihat di bumbung kediaman di situ.
Kuarters PKKN terus dihuni warga asing berdasarka­n peralatan elektronik yang boleh dilihat di bumbung kediaman di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia