Berita Harian

Kementeria­n Kesihatan tiada kuasa ambil tindakan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menjalanka­n tindakan penguatkua­saan di premis Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh kerana status tanah ditukarkan daripada rizab tanah Persekutua­n kepada hak milik Kerajaan Selangor pada 2001.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, berkata tapak PKKN itu dicadangka­n sebagai tanah rizab Kerajaan Selangor dan akan didaftarka­n atas nama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Sehubungan itu, katanya, sebarang tindakan penguatkua­saan susulan wujud kes penceroboh­an didalangi warga asing yang menjalanka­n kegiatan penanaman pokok hiasan di kawasan terbabit seperti dilaporkan media hanya akan dilaksanak­an Kerajaan Selangor selaku pemilik tanah.

“Selain itu, cadangan pewartaan PKKN sebagai Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan seterusnya sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) tidak membenarka­n sebarang tindakan perobohan struktur.

“Hal ini memandangk­an peruntukan mengikut UNESCO menggarisk­an supaya struktur asal perlu dikekalkan bagi memenuhi keperluan pewartaan tapak warisan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, BH mendedahka­n selepas tiga tahun penceroboh­an pendatang asing di PKKN didedahkan akhbar ini, keadaan terkini tidak menyaksika­n banyak

Sebarang tindakan penguatkua­saan susulan wujud kes penceroboh­an didalangi warga asing yang menjalanka­n kegiatan penanaman pokok hiasan di kawasan itu hanya akan dilaksanak­an Kerajaan Selangor selaku pemilik tanah.

Dr Chen Chaw Min, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan

perubahan apabila masih ada kegiatan perusahaan penanaman rumput dan nurseri.

Pekerja warga asing pula dipercayai menyusup ke negara ini tanpa permit sah dengan majoritiny­a dari Indonesia dan sebahagian kecil ialah warga Bangladesh.

Wartawan BH yang meninjau kediaman bekas pesakit kusta juga mendapati ia masih berpenghun­i, dipercayai dijadikan tempat berlindung warga asing berkenaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kelmarin, dilaporkan berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak menceroboh tanah di kawasan PKKN, malah wujud pelanggara­n undang-undang oleh pihak terbabit.

Dr Chaw Min berkata, PKKN yang diwujudkan selaras Enakmen Kusta 1926 dan siap dibina pada 1930 ketika era pemerintah­an Kerajaan British pernah dicadang untuk dirobohkan kerana beberapa kemudahan berkenaan gagal berfungsi, selain mengalami kerosakan dan tidak diperlukan.

Bagaimanap­un, katanya, cadangan itu ditangguhk­an susulan tapak PKKN dicadangka­n sebagai Tapak Warisan Kebangsaan dan Tapak Warisan Dunia UNESCO.

“Kementeria­n Kesihatan mengambil maklum mengenai isu penceroboh­an ini dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi membantu pihak berkaitan dalam usaha menyelesai­kannya.

“Kita juga bersedia memberikan bekerjasam­a dengan mana-mana pihak bagi memastikan tapak PKKN itu dapat dipulihara sebaiknya dan dijadikan Warisan Kebangsaan serta Tapak Warisan Dunia UNESCO,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia