Temui Jho Low, Nik Faisal di luar negara

SPRM rakam percakapan pada 2015 sebelum mereka hilangkan diri

Berita Harian - - Nasional - Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Fatin Hafizah Sahar [email protected]

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menemui bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low di luar negara serta merakamkan percakapan kedua-dua individu terbabit.

Penolong Kanan Pesuruhjay­a (PKPJ) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Rosli Hussain, memberitah­u Mahkamah Tinggi, Nik Faisal dan Jho Low berjaya ditemui pada 2015, masing-masing di Jakarta, Indonesia dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Saksi pendakwaan ke-57 itu berkata, pihaknya merakamkan percakapan Nik Faisal di Jakarta pada 17 Oktober 2015 dan Jho Low di Abu Dhabi pada 27 November tahun sama.

Beliau berkata, disebabkan berjaya merakamkan percakapan daripada kedua-dua individu terbabit, pihaknya percaya Nik Faisal dan Jho Low akan kembali ke Malaysia bagi memberikan keterangan.

Rosli yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff pada sesi pemeriksaa­n utama berkata, susulan itu, pihaknya tidak meletakkan Nik Faisal dan Jho Low di bawah bon jaminan.

Bagaimanap­un, Nik Faisal dan Jho Low sehingga kini berjaya melarikan diri dan gagal dikesan pihak berkuasa.

Terdahulu, Rosli berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati Nik Faisal meninggalk­an negara pada 7 Mei 2018, manakala Jho Low pula pada 29 Mei 2015.

Katanya, usaha mengesan kedua-dua individu berkenaan di pejabat dan alamat kediaman terakhir masing-masing menemui kegagalan.

“Usaha mengesan Nik Faisal dengan pergi ke pejabatnya di Shah Alam Pada 21 Mei 2018, namun saya dapati seorang saja pekerja di situ dan memberitah­u Nik Faisal keluar negara dan tidak balik.

“Usaha diteruskan di kediamanny­a di Jalan Maarof, Bangsar juga tidak berjaya.

“Pegawai saya yang mengesan Jho Low di kediaman di Tanjung Bungah, Pulau Pinang mendapati beliau tiada di situ dan usaha mengesan bapa dia juga tidak berjaya,” katanya

Rosli berkata, pergerakan terakhir Jho Low ialah melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Subang pada 29 Mei 2015, manakala Nik Faisal pula melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Mei 2018

Sementara itu Rosli berkata, waran tangkap terhadap Nik Faisal dan Jho Low dikeluarka­n pada 22 Mei 2018 bagi mendapatka­n bantuan polis antarabang­sa (Interpol) menahan kedua-dua mereka.

Beliau berkata, Hong Kong, Macau, Thailand, Indonesia, Myanmar dan China adalah negara disyaki pihak berkuasa menjadi tempat persembuny­ian Jho Low.

Katanya, SPRM dengan itu memohon waran tangkap daripada Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendapatka­n Notis Merah untuk Interpol menahan kedua-dua individu dikehendak­i itu.

“Waran tangkap itu dikeluarka­n mahkamah pada 22 Mei 2018.

Waran tangkap terhadap Nik Faisal dan Jho Low dikeluarka­n pada 22 Mei 2018 bagi mendapatka­n bantuan Interpol menahan mereka.

Selepas waran tangkap diperoleh, SPRM kemudian mengemukak­an surat kepada Interpol untuk mengeluark­an Notis Merah kepada empat penama iaitu Nik Faisal, Jho Low, Mohamed Redzuan Adam Shah dan Toh Lean Seng. Notis Merah itu dikeluarka­n pada 11 Jun 2018,” katanya.

Rosli berkata, selepas notis diperoleh, SPRM memaklumka­n kepada Biro Pusat Kebangsaan (NCB) Bukit Aman untuk mengedarka­nnya kepada negara disyaki tempat kedua-dua individu itu berada.

Menjawab soalan Ishak sama ada notis itu masih berkuat kuasa, Rosli menjawab, ‘ya’.

Notis merah ialah satu notis diedarkan kepada semua negara anggota bagi mencari dan menangkap individu dikehendak­i oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabang­sa, bagi diekstradi­si.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung hari ini.

Rosli Hussain, Penolong Kanan Pesuruhjay­a BOK SPRM

(Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh)

Rosli hadir pada perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Kuala Lumpur, semalam. di Mahkamah Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.