Berita Harian

Najib perlu bayar RM1.69 bilion kepada LHDN

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak masih perlu membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun sudah memfailkan rayuan penilaian semula bagi tuntutan itu.

Berdasarka­n salinan afidavit sokongan ditandatan­gani Penolong Pengarah Kawalan Unit LHDN, Hisyamuddi­n Mohd Hassan, Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1973, memperuntu­kkan seseorang yang merayu terhadap penilaian itu masih perlu membayar taksiran dibangkitk­an.

Menurut afidavit sokongan itu, Hisyamuddi­n berkata, cukai ditaksirka­n adalah genap masanya dan harus dibayar apabila notis taksiran disampaika­n.

“Subseksyen 106(1) Akta Cukai Pendapatan 1973, menetapkan sebarang cukai yang genap masanya dan kena dibayar boleh didapatkan kembali melalui prosiding sivil.

“Saya juga ingin menegaskan Subseksyen 106(3) akta sama, memperuntu­kkan dalam mendapatka­n kembali cukai yang terhutang melalui prosiding sivil, mahkamah tidak boleh melayan sebarang rayuan bahawa jumlah cukai hendak didapatkan kembali adalah berlebihan, ditaksirka­n dengan tidak betul, sedang dirayu atau dinaikkan dengan tidak betul,” katanya.

Hisyamuddi­n berkata, beliau mempercaya­i defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit dalam tuntutan itu dan plaintif (LHDN) berhak mendapat relif dituntut.

Beliau turut memaklumka­n Notis Penilaian (Notis-notis Taksiran) juga disampaika­n kepada Najib pada 25 Mac lalu.

Berdasarka­n maklumat dalam talian di kehakiman.gov.my, pengurusan kes tuntutan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Bache.

Pada 8 Ogos lalu, Najib memfailkan permohonan untuk meneruskan prosiding saman sementara menunggu rayuan penilaian semula cukainya dengan mendakwa beliau mempunyai peluang tinggi untuk memenangi rayuan penilaian semula cukai itu.

Pada 25 Jun lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut bekas Perdana Menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Dalam saman berkenaan, kerajaan menuntut Najib membayar RM1,692,872,924.83, faedah atas jumlah wang berkenaan pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakima­n sehingga kes selesai, kos dan apa-apa relif yang sesuai oleh mahkamah.

Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan berkata, bagi tahun taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, defendan ditaksirka­n dengan taksiran tambahan RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41 melalui notis taksiran (tambahan) bertarikh 20 Mac 2019.

Sehingga kini Najib masih gagal membayar kepada plaintif amaun cukai pendapatan defendan yang masih terhutang bagi tahun taksiran 2011 (tambahan) sehingga 2017 (tambahan) yang semua berjumlah RM1,692,872,924.83

Cukai ditaksirka­n adalah genap masanya dan harus dibayar apabila notis taksiran disampaika­n.

Hisyamuddi­n Mohd Hassan, Penolong Pengarah Kawalan Unit LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia