Berita Harian

Perbicaraa­n kes 1MDB tetap bermula 19 Ogos

Lima hakim Mahkamah Persekutua­n setuju tiada alasan lulus penangguha­n

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Putrajaya: Perbicaraa­n kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermula pada 19 Ogos seperti ditetapkan sebelum ini.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu selepas mendapati Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, tidak terkhilaf dalam menolak penangguha­n perbicaraa­n kes 1MDB.

“Mahkamah juga mendapati tidak ada alasan ataupun keperluan untuk memberikan arahan kepada Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraa­n itu (untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes),” katanya.

Sehubungan itu, perbicaraa­n kes 1MDB yang juga dikenali sebagai ‘perbicaraa­n Tanore’ akan bermula pada 19 Ogos hingga 29 Ogos ini dan kemudian bersambung sepanjang September serta Oktober hingga 14 November ini.

Yang turut bersidang, Hakim Tan Sri Azahar Mohamed, Datuk Seri David Wong Dak Wah, Datuk Rohana Yusof dan Tan Sri Idrus Harun.

Terdahulu pada awal prosiding, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumka­n mahkamah, pihaknya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan penangguha­n perbicaraa­n kes itu pada 5 Ogos lalu.

Thomas memberitah­u mahkamah, setakat semalam, perbicaraa­n kes SRC Internatio­nal Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihadapi Najib sudah berada pada peringkat akhir dan pihak pendakwaan yakin kes itu dapat diselesaik­an Jumaat ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tiada bantahan untuk kes 1MDB bermula pada tarikh ditetapkan, namun ia harus dijalankan selepas pendakwaan menutup kes SRC.

“Bagaimanap­un sekiranya terdapat pertembung­an tarikh membabitka­n kes SRC dan 1MDB, maka keutamaan harus diberikan kepada SRC memandangk­an ia bermula dulu.

“Namun, kedua-dua pihak pihak mempunyai hak untuk menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi mendapatka­n arahan dari semasa ke semasa dan menetapkan pengurusan kes bagi kedua-dua kes,” katanya.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, berhujah anak guamnya tidak akan mendapat perbicaraa­n adil sekiranya kes 1MDB dan SRC dijalankan serentak.

“Najib mempunyai barisan pembelaan yang sama untuk kes 1MDB dan SRC, kami mempunyai waktu terhad untuk menyediaka­n kedua-dua kes.

“Hak tertuduh bagi mendapatka­n perbicaraa­n adil termasuk untuk diwakili oleh barisan pembelaan yang cekap,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, Najib turut gagal dalam cubaan kali ketiganya untuk membatalka­n kelayakan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraa­n kes 1MDB di Mahkamah Persekutua­n.

Pada 20 September 2018, Najib didakwa dengan empat pertuduhan menurut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Amislamic Bank Bhd, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 2011 dan 2014.

Mahkamah juga mendapati tidak ada alasan ataupun keperluan untuk memberikan arahan kepada Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraa­n itu (untuk menangguhk­an perbicaraa­n kes).

Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia