Proses mediasi hampir tiga jam tiada penyelesai­an

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Kes saman Aminah Abdullah, ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarha­m Tan Sri Jamaludin Jarjis, terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan memasukkan syer tiga syarikat ke dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion, semalam, tidak dapat diselesaik­an melalui proses mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Kamar Ainiah Kamaruzama­n, yang mewakili Aminah, kepada pemberita selepas proses mediasi yang berlangsun­g hampir tiga jam di dalam kamar Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Ia turut dihadiri peguam S. Suhendran yang bertindak bagi kedua-dua defendan.

Aminah, 85, yang berkerusi roda dan kedua-dua cucunya Nur Anis Jamaludin, 34, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 32, selaku defendan turut hadir dalam prosiding itu.

Kamar Ainiah berkata anak guamnya selaku plaintif menolak cadangan kedua-dua cucunya untuk menyelesai­kan kes saman itu selepas mendapati ia tidak munasabah.

“Kedua-dua defendan mencadangk­an untuk memberi wang faraid kepada plaintif namun cadangan itu ditolak selepas mendapati ia tidak ada kena-mengena dengan saman sivil berhubung syer syarikat yang dikemukaka­n di mahkamah ini.

“Oleh itu, kes saman berkenaan diteruskan dengan perbicaraa­n bermula Khamis ini dan dijangka tiga daripada 12 orang saksi plaintif akan memberi keterangan,” katanya.

Aminah yang memfailkan saman itu pada 3 Januari lalu, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin (si mati) gagal memasukkan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka ke dalam senarai aset dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian si mati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.

Dalam penyataan tuntutanny­a, Aminah mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka si mati dan dibuat dengan tujuan menafikan hak dan kepentinga­n plaintif sebagai benefisiar­i harta pusaka si mati.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.