Warga emas rogol anak tiri kena 20 tahun

Berita Harian - - Nasional -

Kota Tinggi: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini kerana merogol anak tirinya yang berusia sembilan tahun selepas menjemputn­ya pulang dari sekolah, Mac lalu.

Hakim Zahilah Mohammad Yusoff menjatuhka­n hukuman ke atas tertuduh yang berusia 62 tahun semalam, selepas dia mengaku bersalah ketika pendakwaan dilakukan di mahkamah sama 23 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang rumah didakwa melakukan persetubuh­an yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama yang terpakai untuk tertuduh berkahwin dengan mangsa.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan yang memohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh berikutan mangsa bukan sahaja masih berusia sembilan tahun, malah mengalami trauma dan disahkan pakar perubatan menerima kesakitan yang teramat kerana dirogol serta diliwat.

Menurutnya, sebagai bapa tiri sepatutnya mangsa disayang, dilindungi dan diberi contoh terbaik, namun diperlakuk­an tanpa belas ihsan sehingga menggelapk­an masa depan mangsa.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu supaya hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan perlu menanggung anak, keluarga selain membayar rumah dan kereta.

Zahilah kemudian menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh.

“Walaupun tertuduh sudah berusia lebih 60 tahun dan tidak tertakluk pada hukuman sebatan rotan mengikut Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), namun mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh,” katanya.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa membuat laporan polis memaklumka­n anaknya dirogol tertuduh yang juga bapa tiri dan suami kepada pengadu.

Siasatan dijalankan mendapati tertuduh mengadakan hubungan seks bersama mangsa secara paksaan dan juga meliwat selepas dia menjemput anak tirinya itu dari sekolah ketika pengadu tiada di rumah.

Suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.