Berita Harian

Enam kategori pelajar program diploma dikecuali

Kenaikan 2014 dilaksana mulai semester depan selepas kajian terperinci

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my

Kuala Lumpur: Caj bayaran kolej kediaman pelajar program diploma Universiti Teknologi MARA (UITM) yang dinaikkan sejak 2014 akan dilaksanak­an mulai semester depan.

Bagaimanap­un, UITM akan memberi pengecuali­an bayaran kediaman kepada enam kategori iaitu pelajar daripada keluarga miskin dengan pendapatan bulanan kurang RM2,500 serta tanggungan yang ramai, pelajar menganggot­ai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankua­sa Perwakilan Pelajar (JPK) dan aktif pasukan beruniform.

Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata turut mendapat pengecuali­an ialah pelajar yang mewakili negara dan diiktiraf Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan menganggot­ai kelab atau persatuan yang cemerlang, mewakili negara dan memenangi pertanding­an pada peringkat antarabang­sa.

“UITM mula membuat perbincang­an dan kajian terperinci mengenakan caj bayaran kolej kediaman kepada pelajar program diploma sejak 2014 dan pihak universiti kemudian mengambil keputusan melaksanak­annya mulai semester September ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Ahad lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman Facebookny­a, dilaporkan mendakwa bermula semester depan, pelajar diploma UITM akan dikenakan yuran kolej kediaman mengikut kategori, masing-masing bilik empat orang RM210, bilik tiga orang (RM315) dan bilik dua orang (RM400).

Beliau turut mendakwa diskaun bayaran balik yang diperkenal­kannya ketika menjadi Perdana Menteri sudah dibuang kerajaan Pakatan Harapan (PH), manakala gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) graduan diambil untuk bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terdahulu, UITM mengeluark­an pekeliling mengenai caj bayaran kolej kediaman kepada pelajar pra diploma, diploma, Certified Accounting Technician­s dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina yang disediakan tempat tinggal di dalam kampus.

Mohd Azraai berkata, caj berkenaan dikenakan susulan caj bayaran kolej kediaman dalam kampus universiti itu bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang diperkenal­kan sejak Disember 2005.

Katanya, bermula 2017, peruntukan untuk universiti daripada pihak kerajaan dipotong hampir RM500 juta dan pihak universiti mengambil keputusan mengenakan caj bagi menampung perbelanja­an.

Beliau berkata, ini mencakupi penyelengg­araan dan penambahba­ikan kemudahan kolej serta pelajar dan fasiliti pengajaran dan pembelajar­an yang berusia melebihi 60 tahun.

“Selain itu, pihak pengurusan universiti juga perlu sentiasa menaik taraf kemudahan seiring keperluan pelajar universiti masa kini, terutama di semua 35 kampus cawangan UITM seluruh negara.

“Kadar bayaran akan dikenakan adalah RM2, RM3 dan RM4 sehari bergantung kepada jenis bilik mengikut pilihan pelajar.

Sementara itu, Mohd Azraai berkata, bagi memastikan kelangsung­an universiti dan melahirkan lebih ramai graduan berdaya saing, UITM kini juga giat menjalanka­n transforma­si berterusan dan peningkata­n mutu penyampaia­n menyeluruh.

Katanya, ia dilaksanak­an melalui inisiatif strategik bagi mencapai aspirasi menjadi Universiti Premier bertaraf antarabang­sa.

“Pihak pengurusan universiti amat menghargai keprihatin­an orang ramai terutama alumni UITM dan menghargai serta mengalu-alukan sokongan, maklum balas dan cadangan mengenai isu ini untuk kebaikan bersama,” katanya.

Bermula 2017, peruntukan untuk universiti dipotong hampir RM500 juta dan pihak universiti ambil keputusan mengenakan caj bagi menampung perbelanja­an mencakupi penyelengg­araan dan penambahba­ikan kemudahan kolej serta pelajar dan fasiliti pengajaran dan pembelajar­an berusia melebihi 60 tahun.

Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UITM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia