Berita Harian

Caj untuk selenggara fasiliti, kemudahan

-

Shah Alam: Caj bayaran kolej kediaman yang dikenakan oleh Universiti Teknologi MARA (UITM) adalah untuk kebaikan pelajar itu sendiri.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UITM Se-malaysia, Muhammad Aznur Syah Azman, berkata kebanyakan kemudahan kolej kediaman pelajar dibina seawal penubuhan institusi pengajian itu dan selepas 60 tahun, ia kini sudah uzur.

Katanya, justeru, ia perlu kerap diselengga­ra bagi memastikan keadaan fasiliti kolej sentiasa baik untuk keselesaan pelajar.

“Setiap tahun, UITM terpaksa mengeluark­an sejumlah peruntukan yang besar bagi menyelengg­ara fasiliti dan kemudahan yang disediakan.

“Bagi kampus Private Fund Initiative (PFI) tiada masalah, kerana penyelengg­araan fasiliti dan kemudahan berada bawah tanggungja­wab pihak berkenaan, bagaimanap­un untuk kampus cawangan negeri yang bukan kampus PFI adalah menjadi bebanan kepada mereka untuk mengeluark­an sejumlah wang yang besar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, jika dilihat pada fasiliti dan kemudahan kolej yang berada di cawangan negeri serta kampus induk (Shah Alam), ada perkara yang tidak mampu untuk ditampung oleh pihak pengurusan.

Katanya, terdapat banyak fasiliti dan kemudahan kolej tidak berada dalam keadaan yang optimum.

“Duit yang dibayar itu adalah untuk memastikan segala kemudahan yang ada sentiasa berada dalam keadaan yang optimum untuk kemudahan mereka.

“Saya juga percaya bahawa jika hendak menghasilk­an pelajar kelas pertama, perkhidmat­an yang diberikan kepada pelajar juga perlu kelas pertama malah perkara ini juga dapat meningkatk­an rasa sense of belonging pelajar terhadap UITM,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Aznur berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya dipolitikk­an demi kepentinga­n individu atau parti, kerana ia dilakukan pengurusan universiti demi memberi kemudahan serta keselesaan kepada generasi UITM yang akan datang.

Pada masa sama, Muhammad Aznur berkata, berbanding universiti awam (UA) lain, kadar bayaran yuran pengajian dan juga yuran kolej kediaman UITM adalah yang paling rendah.

Beliau mengulas pekeliling mengenai caj bayaran kolej kediaman kepada pelajar pradiploma, diploma, Certified Accounting Technician­s dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina yang disediakan tempat tinggal di dalam kampus.

 ??  ?? Caj kolej kediaman dikenakan kepada pelajar kerana UITM terpaksa mengeluark­an sejumlah peruntukan yang besar bagi menyelengg­ara fasiliti dan kemudahan yang disediakan.
Caj kolej kediaman dikenakan kepada pelajar kerana UITM terpaksa mengeluark­an sejumlah peruntukan yang besar bagi menyelengg­ara fasiliti dan kemudahan yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia