Kerajaan negeri agih bantuan penduduk terjejas

Kedah beri sumbangan maksimum RM5,000 setiap kediaman

Berita Harian - - Nasional - Oleh Noorazura Abdul Rahman, Dziyaul Afnan Abdul Rahman dan Norzamira Che Noh [email protected]

Alor Setar: Kerajaan negeri mengumumka­n bantuan maksimum sebanyak RM5,000 bagi setiap kediaman di negeri ini yang terjejas akibat tempias Taufan Lekima baru-baru ini.

EXCO Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad, berkata bantuan awal daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalur melalui Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri.

“Had maksimum membaik pulih rumah mangsa ribut adalah RM5,000. Pejabat Daerah perlu menyelaras dan mendapatka­n anggaran lengkap kerosakan serta kemusnahan kediaman yang terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, lebih 1,300 rumah seluruh negeri rosak dengan daerah paling teruk adalah Kuala Muda, Kubang Pasu, Langkawi dan Kota Setar.

Sementara itu di Kangar, kerajaan negeri akan mengagihka­n bantuan tunai RM300 kepada 1,023 keluarga yang terjejas.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kebajikan dan Bantuan Bencana negeri, Ruzaini Rais, berkata bantuan itu disampaika­n Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Dewan 2020 di sini, mulai malam tadi.

“Sebelum ini kerajaan negeri sudah menghulurk­an bantuan awal berupa barangan keperluan bernilai kira-kira RM100 kepada mangsa ribut bermula Sabtu lalu, sehingga semalam.

“Bantuan seterusnya berupa kos memperbaik­i rumah pula diberikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada masa terdekat selepas proses penilaian dan semakan selesai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian tempias Taufan Lekima, hampir 900 rumah di Perlis terjejas dengan daerah Kangar mencatatka­n jumlah mangsa tertinggi.

Di Shah Alam, Menteri Besar, Amirudin Shari, tidak menafikan kelewatan bantuan ke beberapa lokasi yang terjejas akibat tempias Taufan Lekima disebabkan ia membabitka­n banyak rumah dan kos yang besar.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib menimpa mangsa ribut itu dan akan cuba menangani sebaik mungkin masalah dihadapi mereka.

“Memang bantuan lambat kerana ia membabitka­n banyak rumah. Jika mahukan skor politik, kita boleh berikan sekampit beras, tetapi itu tidak menyelesai­kan masalah mangsa terbabit.

“Kita ingin selesaikan masalah utama, contohnya sebelum ini di FELDA Suharto, Gombak dan Tanjung Karang, dapat kita selesaikan tetapi mengambil sedikit masa,” katanya selepas sesi Dialog Bajet 2020 di Hotel Concorde di sini, semalam.

Pejabat Daerah perlu menyelaras dan mendapatka­n anggaran lengkap kerosakan serta kemusnahan kediaman yang terbabit

Halimaton Shaadiah Saad, EXCO Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.