Berita Harian

Pusat tahfiz mohon sumbangan baiki kerosakan

-

Butterwort­h: Kejadian ribut akibat tempias Taufan Lekima, Jumaat lalu mengakibat­kan pelbagai kerosakan, termasuk kediaman dan institusi pengajian.

Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum, di sini, antara yang memohon sumbangan bagi membaiki kerosakan bumbung dan khemah yang dianggarka­n mencecah RM20,000.

Pengasas madrasah, Muhammad Amirul Mohd Noor, berkata madrasah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) beroperasi sejak sembilan tahun lalu dengan mengharapk­an wakaf serta sumbangan orang ramai.

“Pihak pengurusan baru sahaja menghabisk­an wang untuk membaik pulih keseluruha­n bumbung tiga bulan lalu di cawangan kami dekat Jalan Bendahara di sini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, di Sabak Bernam, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam mengalami kerugian RM150,000.

Pengetuany­a, Azizah Mohd Adenan, berkata kerugian berkenaan adalah anggaran kasar dan pihaknya menjangkak­an nilai kerosakan berkenaan akan meningkat.

“Sekarang, kita hanya mempunyai tabung bencana yang dikelola Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sehingga kini berjaya mengumpul RM6,000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Di Alor Setar, sembilan masjid di seluruh Kedah rosak akibat tempias taufan berkenaan, namun keadaannya tidak terlalu serius.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Abdul Rahman Ismail, berkata pihaknya sudah menerima laporan lengkap dari pejabat agama daerah berhubung kerosakan terbabit, dengan kebanyakan masjid masih boleh digunakan.

Pihak pengurusan baru sahaja menghabisk­an wang untuk membaik pulih keseluruha­n bumbung tiga bulan lalu di cawangan kami dekat Jalan Bendahara di sini.

Muhammad Amirul Mohd Noor, Pengasas Madrasah Tahfiz Hidayatul Ulum

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia