Berita Harian

Pesara baiki rumah untuk majlis kahwin anak

-

Bukit Mertajam: Seorang pesara kerajaan membelanja­kan RM5,000 untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak akibat tempias Taufan Lekima, Jumaat lalu demi menjayakan majlis perkahwina­n anak bongsunya.

Ibrahim Abdullah, 80, dari Kampung Sekolah Juru, di sini berkata dia perlu membaik pulih rumahnya dengan segera kerana majlis perkahwina­n anaknya itu akan diadakan Sabtu ini.

“Saya tidak boleh tunggu lama, rumah perlu dibaik pulih segera kerana anak bongsu saya akan berkahwin empat hari lagi.

“Kalau bumbung rosak, takut nanti barangan persediaan dan kelengkapa­n lain juga rosak. Nanti jadi masalah lain pula,” katanya ketika ditemui di Kampung Sekolah Juru di sini, semalam.

Mengimbas kejadian ribut Jumaat lalu, Ibrahim berkata, ketika itu dia bersama isteri, Mahfuzah Basyari, 62, sedang bersiap untuk masuk tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

Katanya, dia terkejut melihat pokok mangga di hadapan rumahnya tumbang, sebelum ribut menerbangk­an pula hampir separuh bumbung kediamanny­a.

“Mujur kami tidak berada di tingkat atas, kalau tidak tak tahulah apa nasib kami,” katanya.

Ibrahim berkata, beliau juga membuat laporan polis dan menyerahka­n kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk tindakan selanjutny­a.

“Saya tidak boleh tunggu ganti rugi atau pampasan daripada mana-mana pihak kerana majlis perkahwina­n anak sudah sangat hampir. Tetapi saya juga berharap kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya.

Dalam kejadian ribut akibat tempias Taufan Lekima itu, lebih 500 kediaman di Pulau Pinang terjejas selain ia turut melanda semua negeri di utara Semenanjun­g.

 ?? (Foto Ramdzan Masiam/bh) ?? Ibrahim melihat bumbung rumahnya yang diterbangk­an dalam kejadian ribut Jumaat lalu di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
(Foto Ramdzan Masiam/bh) Ibrahim melihat bumbung rumahnya yang diterbangk­an dalam kejadian ribut Jumaat lalu di Kampung Sekolah Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia