Berita Harian

Pemandu tak daftar kena kompaun

PERKESO mahu jaga kebajikan pekerja serta ahli keluarga

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mula mengenakan kompaun kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing yang belum berdaftar serta mencarum dengan Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), semalam.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata pelaksanaa­n kompaun itu selaras penguatkua­saan Ops Patuh yang dilancarka­n 1 Ogos lalu.

Katanya, Ops Patuh itu dilaksanak­an sebagai langkah penguatkua­saan terhadap pemandu teksi dan e-hailing yang belum mendaftar serta mencarum dengan SKSPS.

“Kita sudah beri masa lama kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing kerana skim ini sudah diperkenal­kan sejak dua tahun lalu, ” katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKESO di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembang­an terkini Ops Patuh yang dilancarka­n 1 Ogos lalu.

Mohammed Azman berkata, Ops Patuh itu dilaksanak­an bukan mahu menyusahka­n pemandu teksi, bas dan e-hailing, sebaliknya untuk menjaga kebajikan mereka serta keluarga.

“Semalam (kelmarin) seorang pemandu teksi terbabit kemalangan maut, nasib baik beliau berdaftar dengan skim ini pada 1 Ogos lalu dan isteri serta anaknya layak mendapat pencen bulanan dan faedah lain di bawah skim ini,” katanya.

Beliau berkata, hanya 50,801 pemandu teksi, bas dan e-hailing sudah mendaftar serta mencarum dengan SKSPS.

“Jumlah yang berdaftar masih rendah jika dibandingk­an dengan jumlah keseluruha­n 316,000 pemandu direkodkan mendaftar dengan Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD),” katanya.

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata, PERKESO terpaksa bertindak tegas membuat pendakwaan di mahkamah dan kini melipat ganda usaha mengesan mereka yang masih gagal berdaftar serta mencarum.

“Bagi mereka yang tidak berdaftar, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mengulas program Kembali Bekerja (RTW) yang diperkenal­kan sejak 2007, beliau berkata, pihaknya sangat berpuas hati dengan sambutan diterima kerana 25,891 atau 71.4 peratus pekerja menyertai RTW sudah kembali bekerja, termasuk bekerja sendiri.

“Kebanyakan peserta program itu kembali bekerja semula selepas mendapat latihan di pusat pemulihan milik kami.

“Ada tujuh jenis kaedah dalam RTW ini termasuk diberi latihan pemulihan kerja, latihan kerja semula dalam bidang asal pekerjaan, latihan pekerjaan dalam bidang lain dan latihan semula kerja dalam bidang sama dengan

Kita sudah beri masa lama kepada pemandu teksi, bas dan e-hailing kerana skim ini sudah diperkenal­kan sejak dua tahun lalu.

Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO

majikan lain,” katanya.

Beliau juga mengalu-alukan pesakit kanser dan buah pinggang menyertai program RTW walaupun mereka tidak dikategori­kan sebagai orang kelainan upaya (OKU).

“Mungkin skop OKU perlu diperluask­an lagi, tambahan pula pesakit kanser dan sakit buah pinggang ini ada yang masih berupaya bekerja.

“Ada pesakit kanser yang memang terlantar, tetapi ada yang masih boleh bekerja walaupun menerima rawatan kemoterapi dan radioterap­i. Jadi, mereka boleh datang ke PERKESO untuk kita pertimbang­kan masuk program RTW,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, PERKESO akan menyertai Pameran dan Persidanga­n Pendidikan Khas Antarabang­sa pertama (ISEE 2019) bertujuan membantu meningkatk­an peluang pendidikan dan kualiti persekitar­an untuk golongan OKU dan berkeboleh­an istimewa.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia