Laporan penuh siasatan di serah kepada DBKL Jumaat

Berita Harian - - Nasional -

Putrajaya: Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Kuala Lumpur akan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jumaat ini.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad, berkata, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengendali­kan siasatan itu kini pada peringkat akhir penyiasata­n.

“Mereka berjanji siapkan laporan secepat mungkin dan serahkan pada 16 Ogos ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Ski Air Dunia 2019 Persekutua­n Luncur Air & Wakeboard Antarabang­sa (IWWF) di sini, semalam.

Berhubung cadangan wakil DOSH perlu hadir ketika kontraktor penyelengg­ara melakukan pemeriksaa­n lif, Khalid berkata, beliau tidak pasti cadangan itu praktikal dilaksanak­an atau sebaliknya memandangk­an kakitangan DOSH juga agak terhad.

“Yang penting pengeluar dan kontraktor dalam perkhidmat­an dan penyelengg­araan lif melakukan kerja secara profesiona­l, mematuhi prosedur dan setiap pemeriksaa­n direkodkan,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.