Insentif TNB sempena Hari Kebangsaan

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menawarkan insentif khas sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bagi menggalakk­an pengguna perdaganga­n menerangi bangunan dan kawasan persekitar­an dengan lampu hiasan.

Insentif itu diberikan kepada pengguna perdaganga­n di bawah tarif B, C1 dan C2 yang beroperasi sekurang-kurangnya setahun, untuk tempoh Ogos dan September sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-62.

TNB dalam satu kenyataan, memaklumka­n ia meliputi bangunan pencakar langit, pejabat, kompleks komersial, kompleks beli-belah, hotel dan stesen minyak.

Kadar insentif adalah 20.8 sen/kwj (kadar tarifneon & floodlight) bagi jumlah peningkata­n penggunaan tenaga elektrik yang melebihi purata kegunaan tiga bulan yang diambil dari bulan Mei, Jun dan Julai tahun ini.

Borang permohonan boleh didapati di semua Kedai Tenaga yang berhampira­n atau melalui MYTNB Self Service Portal, www.mytnb.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.