Persatuan sambut baik tindakan tegas

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Persatuan bas sekolah, e-hailing dan teksi masing-masing menyambut baik langkah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mengenakan kompaun kepada pemandu perkhidmat­an berkenaan yang belum mencarum Skim Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Presiden Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd Rafik Mohd Yusof berkata, langkah itu sebagai kaedah terbaik untuk mendidik sekali gus dapat menggalakk­an pemandu bas yang gagal berbuat demikian mencarum skim berkenaan.

Beliau berkata, skim ditawarkan bagus dan berfaedah dalam memberi perlindung­an terhadap pemandu bas yang sentiasa berdepan risiko kemalangan.

“Sebenarnya kalau diikutkan, skim ini bagus untuk pengusaha bas sekolah kerana mereka ini yang pandu bas dan bekerja sendiri. Mereka ini berdepan risiko kemalangan.

“Ada seorang ahli kita sudah meninggal dunia, keluargany­a dapat manfaat sebab arwah ada mencarum tiga bulan lalu.

“Alhamdulil­lah, kebanyakan ahli kita sudah ‘berjinak-jinak’ dengan skim ini sejak diperkenal­kan kerajaan. Kita akan adakan lebih banyak engagement antara ahli persatuan dengan pihak PERKESO di setiap negara supaya mereka diberi penjelasan dan faham manfaat skim ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Pengerusi Persatuan Uber, Grabcar dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullai­l, berkata tindakan ‘keras’ yang terpaksa diambil PERKESO adalah untuk memastikan kebajikan setiap pemandu e-hailing terbela.

Meskipun ada antara pemandu perkhidmat­an berkenaan yang sudah mencarum insurans peribadi, tidak salah untuk mencarum SKSPS kerana caj premium tidak membebanka­n dan mendapat perlindung­an berkali ganda.

“Tindakan PERKESO mengenakan kompaun amat dialu-alukan. Saya lihat langkah ini dapat pastikan setiap pemandu e-hailing ada skim. Baguslah. Tindakan PERKESO ini dapat pastikan kebajikan pemandu e-hailing terbela.

“Lagipun, tempoh yang diuar-uar oleh PERKESO sejak empat bulan lalu mencukupi untuk pemandu e-hailing mencarum skim berkenaan. Saya terus mencarum.

“Bagi pemandu e-hailing yang sudah ada insurans peribadi, tak salah anda carum SKSPS. Biar kita dapat perlindung­an sebanyak mungkin. Bayar premium rendah kira-kira RM157 setahun, tetapi perlindung­an kita dapat berganda-ganda,” katanya.

Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) pula berpendapa­t, meskipun pemandu teksi adalah golongan miskin, pihaknya menasihati supaya mereka mencarum bagi mengelak daripada membayar kompaun yang tinggi.

Keratan akhbar BH 2 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.