Berita Harian

NCR Corp buka pusat kecemerlan­gan serantau

Pacu kecemerlan­gan perkhidmat­an dengan teknologi canggih

- Oleh Suffian A Bakar suffian@bh.com.my

Peneraju teknologi enterpris, NCR Corporatio­n (NCR Corp) membuka pusat kecemerlan­gan perkhidmat­an serantau yang baharu di Malaysia, disasarkan untuk memberi perkhidmat­an kepada industri perbankan, hospitalit­i dan runcit di Asia Pasifik.

Terletak di Bangsar South City, pusat perkhidmat­an itu akan memberi sokongan kritikal untuk membantu bank, peruncit dan restoran dalam perjalanan transforma­si digital masing-masing.

Naib Presiden Kanan Penyampaia­n Perkhidmat­an Global NCR Corp, Bill Bancroft, berkata pusat perkhidmat­an itu akan menyediaka­n sokongan pelanggan selama 24 jam di 12 negara.

“NCR komited untuk mengutamak­an pelanggan dan untuk membolehka­n mereka berkembang maju ketika mereka memulakan perjalanan transforma­si digital masing-masing.

“Pusat ini akan memacu kecemerlan­gan perkhidmat­an dengan teknologi canggih untuk rangkaian transaksi digital kompleks disokong infrastruk­tur boleh dipercayai, kerajaan yang stabil, lokasi strategik dan kumpulan bakat yang fasih dalam pelbagai bahasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n pusat perkhidmat­an itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pusat itu dikendalik­an 400 profesiona­l terlatih yang mahir dalam pelbagai bahasa, yang akan bekerjasam­a untuk menggunaka­n perkhidmat­an berkaitan digital dan mendedahka­n cara baharu, inovatif untuk mengurus, memantau dan menyelengg­ara rangkaian urus niaga untuk bank, kedai dan restoran.

Bancroft berkata, perkhidmat­an

Pusat perkhidmat­an itu akan menyediaka­n sokongan pelanggan selama 24 jam di 12 negara.

berkaitan digital terdiri daripada tenaga manusia, proses, pengetahua­n dan alat memastikan teknologi pelanggan berfungsi dengan lancar.

“Dengan NCR, bank, peruncit dan restoran mendapatka­n penyelesai­an yang mudah disambungk­an untuk membuat teknologi baharu dan warisan bekerja bersama-sama dengan pakar untuk membantu perniagaan berkembang,” katanya sambil menambah penyelesai­an boleh diselesaik­an di seluruh Asia Pasifik secara jarak jauh dari pusat itu.

Bill Bancroft, Naib Presiden Kanan Penyampaia­n Perkhidmat­an Global NCR Corp

 ?? (Foto Nik Hariff Hassan/bh) ?? Bancroft (kiri) bersama Timbalan Presiden Pembanguna­n Pelaburan Dan Industri MDEC, Hew Wee Choong (kanan) merasmikan pusat kecemerlan­gan perkhidmat­an serantau di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Nik Hariff Hassan/bh) Bancroft (kiri) bersama Timbalan Presiden Pembanguna­n Pelaburan Dan Industri MDEC, Hew Wee Choong (kanan) merasmikan pusat kecemerlan­gan perkhidmat­an serantau di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia