Berita Harian

Johor bangun pulau simpanan minyak RM2 bilion

Jadi hab minyak yang strategik untuk aktiviti penyimpana­n serta pemindahan

- BH Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) dan Smart Crest Sdn Bhd memeterai perjanjian untuk membangunk­an projek pulau ‘bunker’ atau simpanan minyak yang terletak di Tanjung Bin, Pontian, bernilai RM2 bilion.

Projek yang akan dibangunka­n di atas pulau tebus guna seluas 40 hektar berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas itu akan dilaksanak­an dalam tiga fasa selama empat tahun.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke, berkata pulau yang terletak di lokasi strategik itu membolehka­n Malaysia meraih manfaat daripada unjuran pertumbuha­n industri minyak dan pulau ‘bunker’ itu dibangunka­n menjadi hab minyak yang strategik untuk aktiviti penyimpana­n serta pemindahan.

Katanya, sebaik projek itu siap dibangunka­n, ia akan menjadi antara terminal minyak bebas

Dengan 61 tangki terletak di lima ruang tangki, ia akan mempunyai kapasiti penyimpana­n kira-kira 1.2 juta meter padu.

Anthony Loke,

Menteri Pengangkut­an

dan bersepadu sepenuhnya yang terbesar di dunia.

“Kemudahan ini juga selari dengan pelan Johor Petroleum Developmen­t Corporatio­n untuk membangunk­an selatan Johor sebagai destinasi terminal dan penyimpana­n minyak penting.

“Dengan 61 tangki terletak di lima ruang tangki, ia akan mempunyai kapasiti penyimpana­n kira-kira 1.2 juta meter padu dan mampu mengendali­kan pelbagai jenis produk.

“Selain daripada ruang simpanan, kemudahan terminal ini akan turut dilengkapi dua jeti dengan tujuh dermaga. Saya difahamkan keseluruha­n projek ini dianggarka­n bernilai RM2 bilion yang akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani perjanjian pajakan atas pajakan antara JPA dan Smart Crest di Putrajaya, semalam.

Pada majlis itu, JPA diwakili oleh Pengurus Besarnya, Razif Ahmad manakala Smart Crest diwakili Pengarah Urusannya, Cher Lee Kiat.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua dan Pengerusi JPA, Rosnan Fathlal.

Sementara itu, Lee Kiat berkata fasa pertama pembanguna­n projek itu dijangka akan mengambil masa dua tahun untuk dibangunka­n.

Katanya, ia akan membabitka­n pembanguna­n ‘bunker’ terlebih dahulu bagi membolehka­n syarikat menjana pendapatan dengan segera.

“Bagi fasa kedua dan ketiga, ia bergantung dengan rakan usaha sama (JV), mengenai jenis produk yang mahu disimpan. Ia boleh jadi minyak mentah, gas petroleum cecair (LPG), gas asli cecair (LNG) atau diesel.

“Kami kini sedang mengadakan perbincang­an dengan beberapa pelabur asing dari China, Hong Kong dan Asia Barat.

“Tiada pelabur tempatan, namun kami terbuka jika ada syarikat tempatan yang berminat untuk terbabit,” katanya.

 ??  ?? Laut Grafik BH
Laut Grafik BH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia