Bursa Malaysia ditutup bawah 1,600 mata

Berita Harian - - Bisnes - Oleh Shahrizan Salian [email protected]

Susulan perang dagangan As-china, krisis ekonomi di Hong Kong, Argentina Bursa Malaysia mengakhiri daganganny­a di bawah paras 1,600 mata semalam, kali pertama sejak 24 Mei lalu, menjejaki penurunan dan global.

Ia susulan ketidakten­tuan terhadap rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china yang diselubung­i pula dengan meningkatn­ya ketegangan di Hong Kong selain Argentina yang kini diambang berdepan krisis ekonomi.

Penanda aras pasaran saham tempatan, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 22.17 mata atau 1.37 peratus untuk ditutup pada 1,592.88 mata pada jam 5 petang semalam, selepas dibuka lebih rendah kepada 1,6134.85 mata pada dagangan pagi.

FBM KLCI diniagakan turun naik antara 1,615.24 dan 1,591.29 sepanjang dagangan pasaran serantau semalam.

Di peringkat serantau, pasaran-pasaran utama menjejaki penurunan dalam Dow Jones pada Jumaat lalu dan semalam, yang menyumbang kepada penjualan secara besarbesar­an.

Purata Perindustr­ian Dow Jones jatuh 391 mata, atau 1.49 peratus kepada 25,896.44, S&P 500 kehilangan 35.96 mata atau 1.23 peratus kepada 2,882.69 dan Nasdaq susut 95.73 mata atau 1.2 peratus kepada 7,863.41.

Di Asia, Indeks Straits Times Singapura jatuh 22.21 mata atau 0.7 peratus kepada 3,146.73, Nikkei Jepun kehilangan 229.38 mata atau 1.11 peratus kepada 20,455.44, manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 543.42 mata atau 2.10 peratus kepada 25,281.30.

Penganalis­is berkata, keyakinan pelabur terjejas bulan ini berikutan beberapa isu negatif, yang hanya diimbangi sedikit oleh harapan bank-bank pusat akan mengambil langkah pelonggara­n dasar, di tengahteng­ah tinjauan global yang suram.

Kenyataan daripada Presiden Donald Trump menyebabka­n rancangan rundingan perdaganga­n yang dirancang bulan depan menjadi sesuatu yang meragukan.

Keputusann­ya untuk memperkena­lkan lebih banyak tarif ke atas barangan China, menyebabka­n pasaran saham menjunam minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.