Berita Harian

Pelabur asing jual RM1.04 bilion saham tempatan

-

Penjualan dana asing saham tempatan di Bursa Malaysia meningkat kepada RM1.04 bilion minggu lalu, berbanding RM601.2 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Dalam laporan aliran dana mingguanny­a, Penganalis­is MIDF Research, Adam M Rahim, berkata ia aliran keluar bersih dana asing mingguan terbesar dalam 12 minggu.

“Penjualan bersih asing memuncak pada Isnin apabila pelabur menjual sebanyak RM357 juta, jualan harian terbesar sejak awal Mei lalu.

“Sentimen sebahagian­nya dijejaskan oleh tindak balas China terhadap ancaman tarif terbaharu Presiden Donald Trump, dengan membiarkan yuan jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih daripada sedekad.

“Begitupun, aliran keluar bersih asing yang tinggi pada hari itu adalah sejajar dengan bursa serantau lain,” katanya.

Adam berkata, paras penjualan bersih asing mengecil kepada RM219.9 juta pada Selasa.

“Langkah China untuk mengehadka­n penurunan yuan mengembali­kan keyakinan pelabur,” katanya.

Paras aliran keluar bersih asing kembali meningkat kepada RM269.5 juta susulan pengumuman mengejutka­n pemotongan kadar faedah bank-bank pusat Asia Pasifik termasuk New Zealand, Thailand dan India, bagi mengimbang­i risiko ekonomi global.

Adam berkata, keyakinan kembali ke pasaran pada Khamis apabila penjualan bersih asing susut kepada RM30.7 juta di tengah-tengah ‚lampu hijau‘ diberikan oleh Jepun untuk membenarka­n eksport bahan pembuatan semikonduk­tor ke Korea Selatan.

Penjualan bersih asing memuncak pada Isnin apabila pelabur menjual sebanyak RM357 juta, jualan harian terbesar sejak awal Mei lalu.

Bagaimanap­un, katanya nada positif itu berakhir pada hari berikutnya apabila pelabur asing menjual sebanyak RM158.1 juta apabila Amerika Syarikat (AS) menghentik­an sementara keputusan untuk membenarka­n syarikat negara itu memulakan semula perniagaan bersama Huawei Technologi­es Co.

“Aliran keluar bersih asing yang besar minggu lalu menjadikan jumlah aliran keluar dari Malaysia mencecah RM6.01 bilion.

“Ini adalah kira-kira 51 peratus daripada aliran keluar bersih asing tahun lalu,” katanya.

Adam M Rahim, Penganalis­is MIDF Research

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia