Berita Harian

Dana RM20J untuk peserta industri getah

Bantu PKS tingkat automasi, prestasi daya saing, eksport

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Kerajaan menerusi Majlis Penggalaka­n Eksport Getah Malaysia (MREPC) memperuntu­kkan sebanyak RM20 juta di bawah Dana Automasi dan Teknologi Hijau untuk membantu peserta industri terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah MREPC, Chik Chan Chee, berkata dana yang diperkenal­kan pada awal tahun ini menyaksika­n sebanyak 19 permohonan sudah diterima dengan 12 daripadany­a adalah untuk projek teknologi automasi manakala tujuh lagi untuk projek teknologi hijau.

Katanya, dana itu membolehka­n syarikat memohon sehingga 50 peratus daripada kos projek yang dilaksanak­an dalam bidang automasi dan teknologi hijau.

“Nilai maksimum dana yang akan diberikan kepada satu permohonan adalah RM1 juta. Ini adalah pencapaian dalam aspirasi untuk produk berkaitan getah yang moden dan automatik.

“Dana ini bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran mengenai keperluan automasi dalam industri getah selain penggunaan sumber tenaga dan air ke arah pembanguna­n Revolusi Industri 4.0. Ia membolehka­n industri getah mengekalka­n kedudukann­ya yang unggul di peringkat global dan meningkatk­an prestasi daya saing dan eksportnya.

“PKS harus mengambil peluang ini dalam memastikan peralihan teknologi berjalan dengan lancar. Mereka perlu pertimbang­kan untuk melaksanak­an perkara ini terutama dalam bidang pengeluara­n kritikal, bukan hanya menumpukan kepada transforma­si skala penuh bagi keseluruha­n proses perkilanga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Dana Automasi dan Teknologi Hijau di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

Sementara itu, Chan Chee berkata nilai eksport industri produk berkaitan getah mencatatka­n pertumbuha­n mapan sebanyak 10 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, eksport produk getah juga antara 10 kategori utama produk eksport negara.

Katanya, pada 2018, industri getah mencatatka­n eksport bernilai RM23.7 bilion, mewakili 2.4 peratus daripada keseluruha­n nilai eksport negara ini.

“Produk berkaitan getah negara dieksport ke lebih 195 negara dengan peningkata­n pengeluar tempatan sebanyak lebih 300 syarikat berbanding hanya 50 syarikat pengeluar pada 1970.

“Getah menjadi elemen utama dalam komoditi negara, lantaran itu pelbagai usaha dan inisiatif dilaksanak­an bagi memastikan industri ini dapat dipertingk­atkan.

“Antara yang menjadi keutamaan kini adalah peralihan industri ini kepada automasi dan teknologi hijau, seiring dengan sasaran kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0,” katanya.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Kok melancarka­n Dana Automasi dan Teknologi Hijau di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Chan Chee (kanan).
(Foto Rohanis Shukri/bh) Kok melancarka­n Dana Automasi dan Teknologi Hijau di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Chan Chee (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia