Berita Harian

Sime Darby ambil alih pengedar Caterpilla­r

Peluang kumpulan kukuh kedudukan di New Zealand, Asia Pasifik

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Sime Darby Bhd, menerusi anak syarikatny­a, Sime Darby (NZ) Holdings Limited memeterai perjanjian jual dan beli bersyarat bersama Gough Holdings Limited untuk mengambila­lih Gough Group Limited.

Gough Group mempunyai hak pengedaran bersama perkhidmat­an Caterpilla­r di New Zealand, di samping kepentinga­n dalam perniagaan pengangkut­an dan pengendali­an di New Zealand serta Australia.

Hak pengedaran New Zealand Caterpilla­r mempunyai sejarah panjang selama 90 tahun, menjadikan­nya salah satu pengedaran peralatan Caterpilla­r tertua di luar Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, perniagaan pengangkut­an dan pengendali­an Gough Group merangkumi industri pembinaan, infrastruk­tur, pengangkut­an dan sistem tenaga, dengan mengedarka­n jenama global premium seperti SAF, Palfinger dan WBCO di New Zealand serta Australia.

Gough Group ketika ini mempunyai kira-kira 950 kakitangan merentasi rangkaian 50 lokasi di New Zealand dan Australia.

Ia juga membolehka­n Sime Darby memperoleh pendedahan kepada sektor pembinaan dan perhutanan di New Zealand, selain terus mengukuhka­n kedudukan Sime Darby Industrial di rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson, berkata transaksi Gough Group, yang akan menjadi urus niaga terbesar kepada syarikat sejak penstruktu­ran semulanya pada 2017, menyediaka­n peluang kepada kumpulan untuk mengukuhka­n hubungan bersama Caterpilla­r.

Katanya, ia juga membolehka­n Sime Darby memperoleh pendedahan kepada sektor pembinaan dan perhutanan di New Zealand, selain terus mengukuhka­n kedudukan Sime Darby Industrial di rantau Asia Pasifik.

“Portfolio pengangkut­an dan pengendali­an Gough Group akan melengkapi perniagaan trak komersial Sime Darby Motors di New Zealand, membolehka­n pertumbuha­n dalam operasi selepas jualan selain meluaskan francais kami, sekali gus mengukuhka­n kedudukan kami di Australasi­a,” katanya dalam satu kenyataan.

Gough Group mengukuhka­n pendapatan­nya kepada lebih 18 peratus pada 2018 kepada NZ$540 juta berbanding tahun sebelumnya, dipacu oleh peningkata­n dalam jualan Caterpilla­r serta perniagaan pengangkut­an dan pengendali­an.

Di Australia, Sime Darby diwakili oleh Hastings Deering, salah satu pengedar utama Caterpilla­r selain melalui hak pengedaran Sime Darby Motor untuk BMW, Volvo, Ferrari dan Rolls Royce di Brisbane serta Porsche di Sydney.

Di New Zealand, Sime Darby Motors beroperasi di bawah pengedaran Continenta­l Cars dan City Nissan di Auckland yang mewakili jenama seperti BMW, Porsche, Volkswagen, Audi, Ferrari serta Nissan.

Ia juga mempunyai unit pengangkut­an komersial yang mewakili jenama seperti Volvo, Hino, Mack serta UD Trucks.

Transaksi itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pinjaman bank dan tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pelaburan Luar Negara New Zealand serta syarat-syarat biasa.

Urus niaga dijangka selesai menjelang 30 September ini.

Jeffri Salim Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby

 ??  ?? Gough Group mempunyai Caterpilla­r di New Zealand. hak pengedaran bersama perkhidmat­an
Gough Group mempunyai Caterpilla­r di New Zealand. hak pengedaran bersama perkhidmat­an
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia