Berita Harian

Untung bersih suku kedua Petchem lebih rendah

-

Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) mencatatka­n keuntungan bersih lebih rendah RM1.12 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019, berbanding RM1.44 bilion yang diperoleh pada suku sama tahun lalu.

Ia dicatatkan di tengah-tengah penurunan harga minyak mentah dan permintaan pasaran yang lebih lemah.

Pendapatan susut lapan peratus kepada RM4.34 bilion pada suku dikaji, berbanding RM4.73 bilion setahun lalu.

“Pendapatan lebih rendah sebahagian besarnya disebabkan oleh harga produk lebih rendah, yang sebahagian­nya diimbangi oleh jumlah jualan lebih tinggi dan kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),” kata Petchem dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Petchem berkata, pendapatan segmen olefin dan derivatif merosot kepada RM2.35 bilion pada suku kedua 2019 daripada RM2.75 bilion pada suku kedua 2018, manakala baja dan metanol merosot kepada RM1.98 bilion daripada RM2.0 bilion sebelumnya.

Kedua-dua segmen adalah lebih rendah berikutan penurunan harga produk, yang sebahagian­nya diimbangi oleh jumlah jualan lebih tinggi dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Menuju ke hadapan, Petchem berkata keputusan operasinya dijangka dipengaruh­i oleh persekitar­an ekonomi global, pergerakan kadar pertukaran asing, kadar penggunaan kemudahan pengeluara­n dan harga produk petrokimia, yang mempunyai kaitan tinggi dengan harga minyak mentah, khususnya segmen olefin dan derivatif.

“Penggunaan kemudahan pengeluara­n kami berganting kepada aktiviti penyelengg­araan kilang dan sumber yang mencukupi selain bekalan utiliti.

“Kumpulan akan meneruskan program kecemerlan­gan operasi dan pengurusan hubungan pembekal bagi mengekalka­n paras penggunaan kilang di atas penanda aras industri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia