Berita Harian

Ajinomoto labur RM355J bina kilang baharu

-

Ajinomoto (Malaysia) Bhd melabur RM355 juta untuk membina kilang dan pejabat korporat baharu di Techpark@ Enstek, Seremban.

Dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia semalam, Ajinomoto berkata ia merancang untuk mengukuhka­n pembanguna­n dan pengeluara­n produk pematuhan halal, sebagai sebuah pengluar makanan yang terkemuka serta diiktiraf.

“Kilang baharu ini akan membolehka­n Ajinomoto mencapai rancangan ini, yang akan menyumbang kepada pertumbuha­n keuntungan berterusan syarikat untuk pengembang­an

Pengenalan teknologi moden akan membolehka­n syarikat terus menambah baik kecekapan dan produktivi­ti secara menyeluruh.

perniagaan pada masa akan datang,” katanya.

Ia berkata, kilang baharu itu pada awalnya akan mengeluark­an produk-produk pengguna dan industri sedia ada, termasuk perasa Aji-no-moto, perasa menu khusus dan produk untuk pengeluar makanan perindustr­ian.

Katanya, kilang baharu itu juga akan mempunyai kapasiti dan ruang untuk mengeluark­an produk baharu yang bakal dilancarka­n kelak.

“Pengenalan teknologi moden akan membolehka­n syarikat terus menambah baik kecekapan dan produktivi­ti secara menyeluruh,” katanya.

Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada Oktober ini dan kemudahan dijangka siap menjelang Mac 2022.

Ajinomoto berkata, kos kilang baharu akan dibiayai menerusi gabungan dana janaan dalaman dan pinjaman.

“Kos kilang baharu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham syarikat dan pegangan saham pemegang saham syarikat.

“Namun, ia dijangka memberi impak ke atas perolehan syarikat pada beberapa tahun awal operasi di kilang baharu berkenaan, berikutan susut nilai aset baharu dan bayaran balik pinjaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia