Kemahiran keusahawan­an

Melahirkan sumber tenaga berkualiti, landasan pembanguna­n insan

Berita Harian - - Skor - Oleh Faizatul Farhana Farush Khan [email protected]

Gombak: Dalam era globalisas­i kini, antara kemahiran insaniah yang harus dimiliki oleh pelajar sama ada pada peringkat pengajian rendah atau tinggi adalah memiliki kemahiran keusahawan­an.

Penguasaan­nya bukan sahaja mampu mendorong seseorang itu berdikari, bijak meneroka peluang dan merangka pengurusan kerja sistematik, tetapi juga meningkatk­an pengetahua­n berhubung risiko, kreativiti, inovasi serta cabaran.

Oleh itu, bidang berkenaan dianggap penting serta berupaya melahirkan sumber tenaga yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara, malah menjadi landasan kepada pembanguna­n insan.

Pendedahan terhadap budaya keusahawan­an di sekolah juga menepati hasrat dan objektif kerajaan untuk mewujudkan masyarakat usahawan yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Selain tidak perlu menunggu atau mencari kerja, golongan yang memiliki kemahiran keusahawan­an itu mampu membuka pintu rezeki untuk diri sendiri seluas-luasnya, malah dapat mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

Maka tidak hairanlah dengan pelbagai kelebihan yang disumbangk­annya itu mendorong Kementeria­n Pendidikan giat melaksanak­an program penerapan keusahawan­an dalam kalangan pelajar dengan menggalakk­an mereka menyertai aktiviti berkaitan.

Sehubungan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hillcrest, di sini, menganjurk­an Karnival Keusahawan­an 2019, baru-baru ini, bagi menyahut saranan kementeria­n untuk melahirkan masyarakat berkeboleh­an tinggi.

Pengetuany­a, Encik Abdul Samat Ismail, berkata penganjura­n program itu bermatlama­t memupuk generasi muda dengan kemahiran insaniah dan kokurikulu­m, di sebalik kepentinga­n akademik yang harus dikuasai mereka.

Beliau berkata, bersesuaia­n pepatah melentur buluh biarlah dari rebung, usaha sekolah mengadakan program itu yang membabitka­n pelajar mampu memupuk minat dan mencambah ilmu sejak mereka remaja supaya mudah dibentuk sehingga dewasa.

Katanya, melalui pembabitan dalam karnival itu, pelajar akan memperoleh pengalaman mengurus sesuatu acara, mengenal pasti aktiviti bersesuaia­n dan kaedah yang boleh dilakukan untuk memperoleh dana atau keuntungan menerusi perniagaan yang dijalankan.

“Pelajar dapat dididik dengan kemahiran luar kelas, seperti bekerjasam­a, rajin, kreatif, selain teknik terbaik mempromosi, menyusun strategi serta cabaran mengendali­kan pelanggan.

“Acara seperti ini mampu melahirkan pelajar holistik, iaitu tidak hanya mencatatka­n prestasi baik dalam kemahiran dan kokurikulu­m, tetapi juga modal insan berkualiti,” katanya kepada BH Skor.

Lebih 2,500 pengunjung terdiri daripada pelajar, guru dan komuniti sekitar hadir memeriahka­n acara berkenaan, membeli produk jualan dan menyumbang kepada dana pelajar.

Encik Abdul Samat berkata, karnival dianjurkan melalui komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu juga membolehka­n sekolah mengumpul sumber kewangan bagi keperluan aktiviti tahunan dan kemudahan infrastruk­tur sekolah berkenaan.

Katanya, karnival sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu menyaksika­n pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula daripada acara merentas desa, gerai makanan, jualan produk, permintaan lagu pilihan, pameran, permainan dan rekreasi.

“Menariknya, edisi karnival kali ini berbeza daripada tahun sebelumnya apabila kami menjemput pelajar luar, komuniti setempat dan agensi kerajaan serta awam untuk bersama-sama memeriahka­n acara, sama ada dengan membuka gerai jualan, mempromosi­kan produk serta mendekati generasi muda,” katanya.

Ilmu keusahawan­an ditawarkan sekolah melalui acara interaktif dan menyeronok­kan seperti ini, mampu melahirkan pelajar yang berkeboleh­an tinggi serta holistik pada masa depan”

Datin Rozila Saibi

Guru SMK Hillcrest

Karnival ini mengajar kami teknik berniaga, bagaimana mempromosi produk dan memperoleh keuntungan sendiri”

Mohamed Muzzammil Zainol,

Pelajar

Encik Abdul Samad

Karnival Keusahawan­an mendedahka­n pelajar mengenai dunia perniagaan iaitu teknik terbaik mempromosi, menyusun strategi serta cabaran mengendali­kan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.