Pelajar dapat kumpul dana pendidikan sendiri

Berita Harian - - Skor -

Gombak: Di samping usaha dijalankan sekolah, kemahiran keusahawan­an perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda melalui komitmen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Yang Dipertua PIBG SMK Hillcrest, Encik Zakir Hussein, berkata walaupun segelintir pihak beranggapa­n peranan utama PIBG adalah menaja dana untuk disumbangk­an kepada keperluan sekolah, tanggungja­wab persatuan itu sebenarnya lebih meluas.

Katanya, tanggungja­wab PIBG merangkumi pencarian dana melalui usaha dengan pihak sekolah dan luar, memastikan pelajar berada dalam suasana pembelajar­an selesa, selain mendapat pendidikan berkualiti.

“Oleh itu, kami sentiasa mengadakan program dan aktiviti pemantapan sekolah dan pelajar pada peringkat dalaman serta luar sekolah dengan antaranya ialah Karnival Keusahawan­an 2019.

“Kami mencari program yang bukan sahaja memberi kesan baik kepada sekolah dan komuniti, tetapi juga mampu menggalakk­an pemerkasaa­n serta kemenjadia­n pelajar,” katanya ketika ditemui pada Karnival Keusahawan­an 2019 di SMK Hillcrest, di sini, baru-baru ini.

Encik Zakir berkata, karnival itu memberi peluang kepada pelajar untuk menjalanka­n perniagaan sama ada dengan membuka gerai menjual makanan, permainan dan barangan.

Melalui usaha itu, mereka dapat memupuk kemahiran keusahawan­an seperti mencari idea produk yang hendak dijual, menguruska­n persediaan gerai sehingga kaedah untuk mempromosi jualan supaya dapat menarik kunjungan pelanggan.

“Secara tidak langsung, apabila sebahagian keuntungan mereka diserahkan kepada tabung dana sekolah, mereka dapat merasa kepuasanny­a apabila dapat menyumbang untuk pendidikan sendiri.

“Ini juga adalah usaha kami mahu mewujudkan rasa tanggungja­wab, komitmen dan perasaan sayang akan sekolah dalam warga SMK Hillcrest,” katanya.

Encik Zakir Hussein

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.