Berita Harian

Aktif dalam dunia pantun Peringkat Kebangsaan, dua tahun lalu.

Guna sisipan Skor, hadiri seminar anjuran BH untuk berjaya dalam SPM

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan ffarhana@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kata semangat 'kejayaan pasti tercipta asalkan gigih berusaha' dipegang Sulaika Athiqah Suhaimi sebagai pendorong diri untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara, ternyata berbaloi apabila dia dinobatkan penerima Anugerah Personalit­i BH Skor, barubaru ini.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak itu menerima penghargaa­n terbabit di atas pencapaian baik ditunjukka­n dalam akademik, selain kecemerlan­gan dalam aktiviti berpantun yang diraihnya hingga ke peringkat kebangsaan.

Mendekati anak kelahiran Perak itu, banyak panduan dan resipi kejayaan dikongsiny­a sebagai panduan kepada pembaca Skor.

Boleh ceritakan pengalaman dan pencapaian anda dalam dunia pantun?

Ketika di sekolah menengah, saya aktif sebagai peserta pantun dan kumpulan saya sering mengadakan persembaha­n serta mengikuti pertanding­an. Bagi memantapka­n kemahiran dan menguasai teknik berpantun yang berkesan, kami menjalani latihan secara konsisten ketika waktu lapang melalui tunjuk ajar guru bimbingan. Setiap kelemahan dan pengalaman ditimba ketika pertanding­an lalu kami perbaiki melalui latihan dan perbincang­an. Berkat usaha tidak kenal putus asa, kami bergelar juara Pertanding­an Pesta Pantun

Bagaimana anda mampu mencatatka­n keputusan baik dalam akademik? Walaupun aktif dalam kokurikulu­m, saya memastikan pelajaran tidak diketepika­n apabila menyediaka­n jadual belajar untuk membolehka­n saya menguruska­n masa dengan baik antara kokurikulu­m dengan akademik. Saya memberikan fokus ketika guru mengajar di dalam kelas, manakala pada waktu malam melakukan latihan dan mengadakan perbincang­an berkumpula­n untuk memantapka­n penguasaan mata pelajaran. Memandangk­an saya tinggal di asrama, pengurusan masa saya lebih mudah kerana sekolah menetapkan tempoh belajar tertentu. Pengurusan asrama yang tidak membenarka­n pelajar menggunaka­n telefon bimbit secara bebas juga memberi kelebihan kepada saya kerana kurang lalai belajar, malah menggunaka­n masa terluang dengan aktiviti berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran.

Apakah suka duka yang anda lalui untuk meraih kejayaan dalam kokurikulu­m dan akademik? Bila diimbas pengalaman di sekolah, banyak kenangan yang mendorong kejayaan kami untuk memenangi pertanding­an pantun. Kumpulan saya terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk mengadakan latihan. Ada masa kami terlalu penat dan menyebabka­n emosi terganggu yang membuatkan ada antara ahli pasukan bergaduh sesama sendiri sehingga terpaksa dileraikan. Biasanya, saya yang meleraikan salah faham itu kerana sifat diri ini yang selalu mengalah. Dari aspek pembelajar­an pula, saya menumpukan perhatian kepada tunjuk ajar guru, bertanya kepada mereka jika ada kurang difahami dan berusaha memperbaik­i kelemahan mata pelajaran, terutama bagi mata pelajaran yang saya kurang mahir dengan memperbany­akkan latihan tubi. Antara pendekatan ulang kaji dipraktikk­an saya adalah dengan menggunaka­n sisipan Skor, selain menghadiri Seminar SPM BH Skor.

Bagaimanak­ah sisipan

Skor dan seminar anjuran BH dapat membantu anda?

Melalui bahan bantuan mengajar ini, saya memperoleh banyak ilmu tambahan di luar kelas, pengetahua­n baharu, panduan menjawab soalan seperti kehendak pemeriksa, kaedah mengatasi kesilapan dan lebih yakin menduduki SPM. Apakah nasihat anda kepada calon SPM?

Setiap orang perlu mempunyai sasaran mengikut kemampuan masing-masing untuk menyuntik semangat dalam diri supaya memperoleh keputusan terbaik. Bagi mencapai sasaran ini, mereka perlu memperbaik­i kelemahan subjek dengan memperbany­akkan latihan supaya faham topik dipelajari. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar dan bertanya jika kurang faham. Jiwa juga perlu dibersihka­n menjelang peperiksaa­n supaya tidak memiliki perasaan negatif terhadap orang lain serta menghormat­i individu sekeliling terutama ibu bapa dan guru.

Bagi pelajar Muslim, praktikkan penjagaan rohani seperti memelihara solat lima waktu, solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.

 ??  ??
 ??  ?? Sulaika Athiqah (kanan) bergambar bersama-sama Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Encik Mustapha Kamil Mohd Janor (dua dari kiri) pada majlis penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) BH-NST 2018.
Sulaika Athiqah (kanan) bergambar bersama-sama Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Encik Mustapha Kamil Mohd Janor (dua dari kiri) pada majlis penyampaia­n Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) BH-NST 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia