Seminar tingkatkan penguasaan calon SPM

Seminar anjuran DRB-HICOM khidmat bakti perkasakan ilmu generasi muda

Berita Harian - - Skor - Oleh Faizatul Farhana Farush Khan [email protected]

Shah Alam: “Pengisian seminar yang berbeza dengan pengajaran guru di sekolah dan tuisyen, membantu memantapka­n pemahaman saya menjelang peperiksaa­n,” kata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nurul Ayn Johnier, 17.

Nurul Ayn ialah antara 130 peserta Seminar SPM BH Skor yang dianjurkan DRB-HICOM dengan kerjasama BH yang diadakan di Perbadanan Perpustaka­an Awam Selangor (PPAS), di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, pengorbana­nnya mengetepik­an aktiviti santai hujung minggu untuk menghadiri program pendidikan itu tidak merugikan apabila dia memperoleh ilmu bermanfaat, terutama panduan menjawab soalan.

Katanya, kehadirann­ya itu bagi menambah pengetahua­n berhubung topik, selain mengetahui kaedah berkesan untuk menguasai mata pelajaran.

“Di sekolah dan tuisyen, guru mengajar secara terperinci, manakala penceramah seminar ini memfokuska­n kepada bagaimana cara menjawab secara ringkas, mudah serta tepat untuk menepati kehendak pemeriksa kertas jawapan, jadi gabungan diberikan mereka meningkatk­an penguasaan saya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya itu.

Seminar dua hari membabitka­n empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah itu bermatlama­t menyediaka­n calon SPM dengan panduan belajar sistematik serta menjawab mengikut format.

Yang turut hadir ialah Ketua Modal Insan DRB-HICOM, Encik Izham Ab Wahab.

Peserta, Muhammad Irfan Rosdi, 17, berkata perjalanan selama tiga jam bersama-sama rombongan pelajar sekolahnya menaiki lima buah kenderaan dari Pahang untuk menyertai seminar itu berbaloi kerana mendapat tunjuk ajar daripada penceramah berpengala­man luas.

Beliau berkata, peluang diberikan penceramah untuk bertanyaka­n apa-apa sahaja permasalah­an topik dengan mereka cuba menjawab setiap soalan diajukan sangat membantu meningkatk­an pemahaman peserta.

Peserta Seminar SPM BH Skor anjuran DRB-HICOM bergambar pada program bimbingan peperiksaa­n berkenaan.

Encik Izham Ab Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.