Berita Harian

Serba Dinamik dapat kontrak RM1.05 bilion

-

Serba Dinamik Holdings Bhd memperoleh kontrak AS$250 juta (RM1.05 bilion) untuk membina kemudahan memproses klorin dan loji tenaga turbin 26-megawatt sejam di Uzbekistan.

Kontrak membabitka­n kerja kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pentauliah­an (EPCC) projek berkenaan.

Kontrak yang bermula 9 Ogos lalu itu akan disiapkan menjelang 7 Ogos 2021.

“Kontrak EPCC baharu di Uzbekistan akan terus mengukuhka­n kedudukan kami di rantau itu.

“Kami menjangkak­an ini akan menyumbang secara positif kepada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan dua tahun berikutnya,” kata Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Datuk Ir Abdul Karim Abdullah dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia