Anak syarikat Vertice dapat kontrak MRT 2

Berita Harian - - Bisnes -

Vertice Constructi­on Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Vertice Bhd dianugerah­kan dua kontrak projek Mass Rapid Transit (MRT) 2 bernilai RM22 juta, yang akan bermula 16 Ogos ini.

Dalam kenyataann­ya kepada Bursa Malaysia, ia berkata kontrak adalah daripada Tri-arch Sdn Bhd dan TA Decke Sdn Bhd yang masing-masing bernilai RM12 juta dan RM10 juta.

“Kontrak meliputi membekal, menghantar dan memasang sistem bumbung, kotak aluminium dan kerja-kerja melekap pakej Sungai Buloh-serdangput­rajaya (SSP) bagi stesen S205, S208 and S209,” katanya.

Projek berkenaan dijadualka­n akan disiapkan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh bermula.

“Kontrak akan terus meningkatk­an kontrak dalam tangan sedia ada kumpulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.