Berita Harian

Industri sarung tangan getah perlu lebih ramai pekerja

-

Industri sarung tangan getah Malaysia memerlukan lebih ramai pekerja untuk meningkatk­an pengeluara­nnya bagi mencapai sasaran RM20 bilion perolehan pada tahun ini, berbanding RM17.5 bilion pada 2018.

Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Denis Low, berkata ketika ini industri itu mempunyai 40,000 hingga 42,000 pekerja dan memerlukan antara 12,000 ke 15,000 pekerja asing untuk menambah produktivi­tinya.

“Industri sarung tangan getah tempatan pada hari ini tidak bergerak pada kapasiti maksimumny­a. Jika kita mempunyai lebih ramai pekerja, kita dapat meningkatk­an pengeluara­n kepada kira-kira 10 peratus atau lebih daripada itu.

“Sekiranya pekerja mencukupi,

Industri sarung tangan getah tempatan pada hari ini tidak bergerak pada kapasiti maksimumny­a. Jika kita mempunyai lebih ramai pekerja, kita dapat meningkatk­an pengeluara­n kepada kira-kira 10 peratus atau lebih. Denis Low, Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia

kita mampu mencapai sasaran RM20 bilion,” katanya kepada Bernama.

Low berkata, persatuan itu sudah mengemukak­an isu kekurangan tenaga buruh kepada Menteri Industri Utama, Teresa Kok yang berjanji untuk membawa perkara itu ke Kabinet.

“Kami berharap dapat membekalka­n pekerja dari Nepal, Bangladesh dan negara lain yang boleh menyediaka­n pekerja berkualiti kepada industri,” kata Low.

Beliau menegaskan, kebanyakan pekerja asing dalam industri itu sudah pulang ke negara masing-masing dan meninggalk­an kekosongan jawatan yang perlu diisi.

“Seramai 12,000 hingga 15,000 pekerja asing yang kami (industri) perlukan adalah bagi mengisi kekosongan jawatan di kilang-kilang,” katanya.

Katanya, walaupun industri itu mengguna pakai teknologi automasi, ia masih memerlukan pekerja tambahan bagi memastikan dapat beroperasi sepenuhnya.

Low berkata, industri berkenaan menyasar untuk mengekspor­t 195 bilion sarung tangan getah pada tahun ini, mewakili lebih daripada separuh daripada permintaan global sebanyak 300 bilion helai.

Pada 2018, industri berkenaan membekalka­n 160 bilion helai sarung tangan getah bernilai RM17.5 bilion perolehan kepada lebih 190 negara di dunia.

Jumlah eksport produk getah di Malaysia bernilai RM23.7 bilion pada tahun lalu dengan 80 peratus daripadany­a disumbangk­an oleh sarung tangan getah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia