Berita Harian

Dagang Net, PIJ Holdings tawar penyelesai­an digital halal

Kerjasama sedia Sistem Blockchain Halal Johor

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Dagang Net Technologi­es Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Dagang Nexchange Bhd (DNEX), menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Perbadanan Islam Johor Holdings Sdn Bhd (PIJ Holdings) untuk memanfaatk­an maklumat dan komunikasi infrastruk­tur teknologi (ICT) dalam rantaian bekalan halal.

Melalui kerjasama itu, Dagang Net dan PIJ Holdings akan bekerjasam­a dalam pembanguna­n Sistem Blockchain Sijil Halal Johor, yang merangkumi teknologi blockchain untuk permohonan dan pengesahan sijil perkahwina­n dan halal.

Di samping itu, kerjasama juga menyaksika­n perkembang­an dan pelaksanaa­n platform Halal e-dagang dan Hab Halal Digital yang beroperasi dalam ekosistem data berprestas­i tinggi.

Perjanjian itu ditandatan­gani oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif DNEX yang juga Pengerusi Eksekutif Dagang Net, Datuk Samsul Husin manakala PIJ Holdings diwakili Pengarah Urusannya, Muhammad Fuad Radzuan.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Samsul berkata, penyelesai­an digital itu boleh didapati menerusi Platform Digital Dagang Net yang menyediaka­n perkhidmat­an inovatif akhir ke akhir yang bertujuan untuk membantu organisasi berhubung dan bekerjasam­a dengan kerajaan, perniagaan dan pengguna dalam usaha mengoptimu­mkan operasi dan membuka peluang komersil.

“Disokong oleh teknologi utama antaranya blockchain, kecerdasan buatan (AI), analitik data besar dan pengenalan frekuensi radio, Platform Digital Dagang Net memberikan perkhidmat­an yang lancar, mesra pengguna, berdaya tahan dan intuitif melalui ekosistem yang sangat terjamin dan terbaik,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu, Muhammad Fuad berkata, di PIJ Holdings, syarikat mempunyai tanggungja­wab untuk memperkasa­kan sosio-ekonomi masyarakat Islam dan membantu komuniti untuk mencari nilai potensi ekonomi digital.

“Kita perlu membuka peluang nilai potensi ekonomi digital dan seterusnya mencapai agenda kita, iaitu mengubah negara sejajar dengan pembanguna­n ekonomi digital dan Revolusi Perindustr­ian ke-4 (IR4.0),” katanya.

 ??  ?? Samsul (kanan) dan Muhammad Fuad selepas menandatan­gani MOU untuk memanfaatk­an maklumat dan ICT dalam rantaian bekalan halal.
Samsul (kanan) dan Muhammad Fuad selepas menandatan­gani MOU untuk memanfaatk­an maklumat dan ICT dalam rantaian bekalan halal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia