Berita Harian

Mahmud Abbas dilantik Pengerusi HDC

-

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC), agensi di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi melantik Datuk Mahmud Abbas sebagai Pengerusi berkuat kuasa 30 Julai 2019.

Sebagai Pengerusi, beliau akan menjalanka­n peranan penting meningkatk­an agenda halal di Malaysia, sambil menumpukan kepada kehadiran kukuh di peringkat antarabang­sa, kata HDC dalam kenyataan.

“Ini termasuk menambah baik profil negara sebagai pengeluar utama produk dan perkhidmat­an halal dunia selain menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi perniagaan halal,” katanya.

Menurut HDC, dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam sektor korporat, Mahmud mempunyai rekod cemerlang dalam peranan kepimpinan.

Portfolio beliau termasuk berkhidmat sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Central Spectrum (M) Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Bhd, Pengarah Projek UEM Land Bhd, Pengarah Urusan, Projek Alliance Sdn Bhd dan Pengurus Besar Enstek Industrial Park.

Baru-baru ini, beliau turut berkhidmat sebagai CEO syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City (KEC) di Madinah, Arab Saudi. BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia