Maxis bina Rangkaian A.I sokong perkhidmat­an 5G

Berita Harian - - Bisnes -

Maxis Bhd komited menyediaka­n kesalinghu­bungan masa depan dengan membina rangkaian pintar baharu, Rangkaian A.I dalam memberikan sokongan kelajuan, daya tahan dan tuntutan latensi 5G.

Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard, berkata Rangkaian A.I dibina di atas infrastruk­tur 5G dengan optik fiber kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Beliau berkata, dibentuk dengan seni bina rangkaian Nextgen IP serta perisian rangkaian teknologi terkini, Rangkaian A.I mengoptimu­mkan trafik data.

“Ini memastikan pengalaman internet menjadi lebih lancar dan bebas serta sentiasa terhubung untuk aplikasi perniagaan yang kritikal.

“Maxis sekali lagi berada di hadapan untuk memastikan kesediaan kami. Rangkaian yang berdaya tahan, tangkas serta sedia berskala adalah amat penting untuk penyelesai­an perusahaan semakin berkembang, penuhi keperluan kritikal pelanggan.

“Ini kerana 5G dan fiber dijangka menjadi tumpuan gaya hidup digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Bangsgaard berkata, Rangkaian A.I berfungsi dalam pengurusan trafik rangkaian pintar dengan rangkaian mudah alih dan fiber Maxis kini adalah rangkaian Next-gen IP ‘superhighw­ay’ yang bersepadu dan berkembang, disokong sistem kawalan trafik yang boleh menjangkak­an peningkata­n penggunaan.

Selain itu katanya, ia turut mengikuti kejayaan pelancaran perkhidmat­an NB-IOT komersial yang pertama di Malaysia.

“Rangkaian ini akan memberi sokongan yang kukuh untuk teknologi Kawasan Luas Kuasa Rendah (LPWA) dan direka untuk penggunaan perindustr­ian berskala besar untuk pihak perusahaan dan kerajaan.

“Penyelesai­an panggilan pertama yang lebih cepat untuk menampung permintaan dengan menyediaka­n analisis yang lebih tepat.

“Ia juga terbukti membantu dalam kesinambun­gan perniagaan dengan sistem pemberitah­uan Rangkaian A.I. yang proaktif serta menangani keperluan perniagaan kritikal dan penyelengg­araan proaktif,” katanya.

Morten Bangsgaard

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.