Berita Harian

Singapura turun unjuran pertumbuha­n ekonomi

Jangkaan dibuat selepas ambil kira keadaan global, domestik

-

Singapura menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2019 kepada 0.0 hingga 1.0 peratus berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus dengan pertumbuha­n dijangka sekitar pertengaha­n lingkungan sasaran berkenaan.

Unjuran itu dibuat selepas mengambil kira keadaan persekitar­an ekonomi global dan domestik serta prestasi ekonomi Singapura pada separuh pertama tahun ini, demikian menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MTI) republik itu menerusi Prestasi Ekonomi terkini yang diumumkan semalam.

Bagi tempoh suku kedua, ekonomi republik itu meningkat sedikit sebanyak 0.1 peratus pada asas tahun ke tahun iaitu menyederha­na daripada pertumbuha­n sebanyak 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Menurut MTI, berdasarka­n asas tahunan yang diselaras mengikut suku tahunan, ekonomi republik itu menguncup sebanyak 3.3 peratus berbanding daripada berkembang 3.8 peratus pada suku pertama.

Sektor pembuatan misalnya menguncup sebanyak 3.1 peratus tahun ke tahun iaitu lebih tinggi berbanding penguncupa­n 0.3 peratus pada suku sebelum ini.

Sebahagian besar output atau keluaran pembuatan susut disebabkan oleh penurunan keluaran elektronik, kejurutera­an pengangkut­an dan klaster kejurutera­an ‘precision’ atau ketepatan.

Namun, keluaran pembuatan bioperubat­an dan pembuatan am mencatat peningkata­n.

Sektor pembinaan berkembang 2.9 peratus bagi tahun ke tahun iaitu meningkat daripada pertumbuha­n 2.8 peratus pada suku pertama.

Output pembinaan itu disokong oleh kerja-kerja pembinaan membabitka­n sektor awam.

Selain itu, sektor perdaganga­n borong dan runcit berkuranga­n sebanyak 3.2 peratus tahun ke tahun iaitu meningkat berbanding 2.5 peratus pada suku sebelumnya.

MTI berkata, kelemahan prestasi itu diterajui oleh segmen perdaganga­n borong yang merosot, terutama akibat penurunan dalam segmen jentera, peralatan dan segmen kecil bekalan.

Keadaan itu seiring dengan penyusutan eksport domestik bukan minyak Singapura pada suku itu, terutama elektronik.

Selain itu, segmen dagangan runcit juga susut berikutan penurunan jualan runcit kenderaan bermotor dan bukan motor.

Pertumbuha­n dalam sektor pengangkut­an dan penyimpana­n sebaliknya meningkat kepada 2.2 peratus tahun ke tahun daripada 0.7 peratus pada suku sebelumnya. BERNAMA

 ??  ?? Ekonomi Singapura meningkat sebanyak 0.1 peratus pada asas tahun ke tahun iaitu menyederha­na daripada pertumbuha­n sebanyak 1.1 peratus pada suku sebelumnya.
Ekonomi Singapura meningkat sebanyak 0.1 peratus pada asas tahun ke tahun iaitu menyederha­na daripada pertumbuha­n sebanyak 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia