Berita Harian

Argentina di ambang krisis kewangan

-

New York: Argentina sekali lagi di ambang krisis kewangan sejurus selepas pengumuman pilihan raya umum presidenny­a baru-baru ini yang menyebabka­n pelabur menjual saham, bon dan mata wang secara besar-besaran.

Ia menimbulka­n tanda tanya kepada Wall Street mengenai hala tuju ekonomi negara itu.

Perkara itu disifatkan sebagai tindak balas kepada kekecewaan pilihan raya, membuka pintu kepada kerajaan yang lebih protektori­s mengambil alih kuasa dan untuk memulihkan kepercayaa­n pasaran antarabang­sa.

Kebimbanga­n paling ketara adalah mengenai pihak lawan Presiden Mauricio Macri, iaitu Alberto Fernandez dan pasanganny­a yang juga bekas Presiden, Cristina Fernandez de Kirchner berunding semula mengenai hutang serta perjanjian negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabang­sa.

Negara itu mempunyai berbilion hutang dalam mata wang asing pada tahun yang akan datang.

“Pasaran mula mengambil kira kemungkina­n kegagalan membayar pinjaman,” kata Ketua Hutang Pelaburan Aberdeen Asset Management, Edwin Gutierrez.

“Pasaran tidak mahu Fernandez mendapat manfaat dari keraguan itu,” katanya.

Tukaran mungkir kredit menunjukka­n peniaga mengambil kira 75 peratus peluang Argentina akan menggantun­g pembayaran hutangnya dalam lima tahun akan datang.

Jumaat lalu, kemungkina­n itu hanya pada 49 peratus.

Bon kerajaan dalam denominasi dolar kehilangan sekitar 25 peratus secara purata, menolak harganya kepada serendah 55 sen.

Peso jatuh sebanyak 25 peratus ke paras terendah 60 satu dolar semalam dan indeks saham Merval mencatatka­n penurunan antara hari yang terbesar.

BLOOMBERG

 ??  ?? Alberto Fernandez
Alberto Fernandez

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia