Berita Harian

Firma teknologi China catat prestasi lemah

-

Bengaluru: Firma teknologi, edagang dan elektronik pengguna terkemuka China dijangka melaporkan kelembapan yang ketara dalam pertumbuha­n pendapatan pada suku tahunan Jun.

Ia susulan perang perdaganga­n dengan Amerika Syarikat (AS) yang semakin meruncing memberi kesan terhadap ekonomi China dan menjejaska­n perbelanja­an pengguna.

Pendapatan di beberapa syarikat teknologi terbesar di China dijangka berkembang 26 peratus secara purata pada suku berakhir 30 Jun - paling perlahan dalam enam suku tahunan - berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut anggaran konsensus daripada Refinitiv.

Ini termasuk gergasi e-dagang China, Alibaba Corp dan pesaingnya yang lebih kecil, Jd.com; firma internet, Baidu Inc dan syarikat permainan terbesar di dunia, Tencent Holdings.

Pendapatan bersih di syarikat terbabit dijangka meningkat sembilan peratus, berbanding peningkata­n 50 peratus tahun sebelumnya.

Perang perdaganga­n mengakibat­kan pasaran renggang dan rantaian bekalan global dan syarikat teknologi terpaksa memikirkan semula taktik pengeluara­n dan pemasaran. Suku tahunan yang lemah pada bulan Jun dijangka mendorong firma untuk mengurangk­an lagi kos bagi meningkatk­an margin.

Pertumbuha­n ekonomi China berkuranga­n kepada 6.2 peratus pada suku kedua, kadar paling lemah dalam tempoh sekurang-kurangnya 27 tahun.

“Memandangk­an ekonomi perlahan dan pengetatan kredit di China, kita boleh menjangkak­an untuk melihat ini memberi kesan dalam ... cara yang berbeza,” kata penganalis­is teknologi berpangkal­an di Taipei, Sam Reynolds.

“Bagi syarikat yang lebih banyak fokus kepada perniagaan­ke-pengguna, ini akan dapat dilihat dari segi perbelanja­an pengguna yang lebih perlahan; bagi syarikat yang lebih kepada perniagaan-ke-perniagaan (seperti Baidu) ini akan dapat dilihatkan dalam pembelian iklan yang kurang.”

Berikut adalah beberapa pencapaian untuk firma-firma ini yang dijadualka­n melaporkan keputusan kewangan mereka pada minggu-minggu yang akan datang, berdasarka­n data Refinitiv:

* Jd.com boleh mencatatka­n keuntungan kecil dengan membendung kos. Namun, dengan pengguna yang kurang membeli peralatan rumah dan elektronik, peruncit dalam talian itu berkemungk­inan mencatat pertumbuha­n pendapatan paling perlahan dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

* Keuntungan Alibaba mungkin meningkat 27 peratus, kenaikan suku tahunan keempat berturut-turut. Promosi besar dijangka mendorong penjualann­ya 38 peratus lebih tinggi, tetapi itu akan menjadi pertumbuha­n paling perlahan syarikat dalam tempoh 14 suku tahunan.

* Tencent dijangka mencatatka­n pertumbuha­n keuntungan sebanyak 24 peratus, berbanding penurunan dua peratus setahun sebelumnya, dibantu oleh penggunaan permainan video bertema patriotik dan perkhidmat­an awan. Unit penstriman muzik - Tencent Music tersasar daripada anggaran pendapatan apabila ia melaporkan kenaikan paling perlahan dalam situasi pemantauan ketat terhadap pertunmbuh­annya sejak kemunculan pertamanya pada Disember. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia