Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah

FBM KLCI susut 1,592.88 berbanding 1,615.05 mata

-

Bursa Malaysia ditutup 1.37 peratus lebih rendah selepas ia menerima tekanan akibat kejatuhan dalam Indeks Perindustr­ian Dow Jones AS pada Jumaat lalu dan kelmarin, sehingga menyebabka­n berlaku penjualan secara besar-besaran semalam.

Semasa ditutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sejumlah 22.17 mata untuk diakhiri pada 1,592.88 berbanding 1,615.05 yang direkodkan pada Jumaat lalu.

Indeks utama dibuka 0.19 mata lebih tinggi pada 1,615.24 dan mencecah paras rendah 1,591.29 sejurus sebelum ditutup.

Di keseluruha­n pasaran, kaunter rugi mengatasi untung iaitu sebanyak 744-172, manakala 277 kaunter tidak berubah, 713 tidak didagangka­n dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.19 bilion unit bernilai RM1.69 bilion berbanding 1.97 bilion unit bernilai RM1.55 bilion yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini.

Ketua Penyelidik­an Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata pada hari Jumaat lalu, Dow Jones mencatatka­n penyusutan 91 mata dan ia meneruskan aliran penurunan pada Isnin, jatuh 400 mata, dan ini dicerminka­n menerusi pasaran tempatan semalam.

“Bursa tempatan ditutup semalam sebagai gantian kepada Hari Raya Aidiladha, ini menyebabka­n pasaran menerima tekanan berganda hari ini," katanya kepada Bernama.

Sektor teknologi, yang menyaksika­n penurunan 2.21 peratus adalah selaras dengan kejatuhan sebanyak 1.20 yang dicerminka­n pada Komposit Nasdaq AS berikutan ketegangan perdaganga­n As-china.

“Sektor teknologi menyaksika­n jualan secara besar-besaran semalam, diikuti dengan hartanah. Sektor kewangan terjejas akibat jualan besarbesar­an dalam saham wajaran tinggi milik perbankan tertentu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank susut 78 sen kepada RM20.74, Maybank rugi empat sen kepada RM8.56, Hong Leong Bank jatuh 12 sen kepada RM17.40, Tenaga Nasional merosot 22 sen kepada RM13.60 dan Petronas Chemicals kehilangan 15 sen kepada RM7.24.

Dalam kalangan kaunter aktif, Sapura Energy, Eduspec, KNM dan Berjaya Corp, masingmasi­ng berkuranga­n setengah sen kepada 28 sen, 5.5 sen, 38.5 sen dan 25.5 sen, manakala Genting Malaysia turun 10 sen kepada RM3.12.

Indeks FBM Emas jatuh 149.93 mata kepada 11,290.40, Indeks FBMT 100 susut 144.59 mata kepada 11,128.28, manakala Indeks Emas Syariah merekodkan kerugian sebanyak 130.34 mata kepada 11,796.23.

FBM 70 lemah sebanyak 141.54 mata kepada 14,162.83 dan FBM Ace 83.96 mata lebih rendah kepada 4,613.68.

Secara sektoran, Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 232.12 mata kepada 15,609.87, Indeks Perladanga­n kehilangan 35.75 mata kepada 6,691.66, manakala Indeks Perkhidmat­an dan Produk Industri jatuh 1.96 mata kepada 150.68.

Jumlah dagangan pasaran utama meningkat kepada 1.42 bilion saham berbanding dengan 1.23 bilion saham bernilai RM1.54 bilion daripada RM1.41 bilion yang dicatatkan Jumaat lalu.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 442.68 juta unit berbanding 342.36 juta unit bernilai RM105.42 juta daripada RM85.21 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkuranga­n kepada 329.81 juta daripada 398.31 juta saham bernilai RM41.30 juta berbanding RM60.61 juta yang direkodkan pada minggu lalu.

Produk dan Perkhidmat­an Pengguna menyumbang sebanyak 233.95 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian (393.62 juta), Pembinaan (84.35 juta), Teknologi (122.89 juta), SPAC (sifar), Perkhidmat­an Pengguna (38.82 juta), Hartanah (94.33 juta), Perladanga­n (14.36 juta), REIT (14.72 juta), Dana Tertutup (18,900), Tenaga (235.69 juta), Penjagaan Kesihatan (25.96 juta), Telekomuni­kasi dan Media (118.42 juta), Pengangkut­an dan Logistik (22.05 juta) serta Utiliti (21.90 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia